Tuesday, July 31, 2012

Tips memulakan Perniagaan Emas Mampu Milik II


salam semua, ok, entry kali ini, saya nak sambung mengenai sedikit kupasan mengenai tips memulakan perniagaan emas mampu milik pada entri sebelum ini . pada link ini Perniagaan Emas Mampu Milik

tips emas

ok, pada entri sebelum ini saya ada beri point basic untuk memulakan permiagaan emas mampu milik ini. dimana point ini anda boleh apply baik anda berniaga emas ini secara online atau pun offline. Pointnya adalah seperti berikut :


1. Anda dah ada Pembekal yang baik dan dipercayai . ( yg ni sy quote otai Syukri dari blognya jutawanemas)
- pembekal yang baik ini ada banyak sumber baik dari segi perseorangan atau pun syarikat. tetapi dalam situasi ini pembekal yang anda perlu dapatkan adalah syarikat yang boleh memberikan jaminan dari segi ketulenan dan penghantaran. ( LESS HEADACHE )

tambahan : lebih bagus jika ia menyediakan sistem, di mana anda boleh menjalankan perniagaan emas ini secara online. ( semi automated sekurang-kurangnya)

2. Anda ada group member yang supportive ( penting untuk menjana minat , semangat dan komitmen )

- group member yang boleh berkongsi ilmu dgn anda baik dari segi marketing, motivasi dan yang penting supportive.

3. Pembeli Emas yang baik ? ( xpe, yang ni anda jgn risau, ia boleh dicari )
- pembeli emas yang baik ni akan datang kepada anda sekiranya anda terus konsisten dalam bisnes perniagaan emas ini. percayalah ramai orang kaya di luar sana yang terdesak untuk menukarkan kekayaan duit kertas mereka kepada emas.

4. Online Platform ( Blog, facebook, Email ) - Internet
- dimana anda boleh promotekan perniagaan emas anda ini secara online samada melalui lama facebook, blog, atau email. dan lebih baik lagi jika platform online perniagaan emas anda memudahkan orang lain untuk register terus secara online di website anda

5. Minat dan ditutup dengan komitmen.
minat sahaja tidak cukup. kerana bila ditimpa ujian, ia boleh berkurangan dan membawa kepada putus asa. tetapi jika anda ada komitmen, anda akan menggalasnya hingga berjaya...

sekian dulu untuk perkongsian kali ini.


EmoticonEmoticon