Wednesday, October 3, 2012

Pelaburan Emas : RM10 billion Hangus !!

salam entri kali ni adalah berkenaan dari satu keratan akhbar online di malaysia berkenaan pelabur emas rugi RM 10 billion ringgit !!!!



syarikat di atas sangat terkenal dalam kaedah pelaburan emas nya yang aplikasikan secara skim, hibah, pulangan tetap. cara yang berjaya memberikan keyakinan amat jitu pada hampir 50,000 pelabur-pelabur tegar di malaysia. sampai sanggup bertegang antara satu sama lain. memang benar ada yang dah kaya. tetapi bagaimana pula yang baru baru nak join ??

mekanisma hampir sama dengan skim skim pelaburan yang pernah menjadi antara terpaling popular di malaysia suatu ketika dulu, yakni studiotraffic, swisscash dan 12dailypro... anda masih ingat lagi ?? akhirnya kisahnya pengasas 12 dailypro ditangkap FBI....

RM10 billion kalu korang tukar pada jongkong emas atau barang kemas 916 atau emas 99 atau perak... agak agak berapa kilo korang boleh dapat ?????


ok.... sekarang mari saya kongsikan pendapat dari org yang lebih berpengalaman dalam emas dan perak ni. 
namanya tok belagak.( juga pakar perubatan cara islam )


Seringkali bila ada serbuan keatas Syarikat yg menjalankan skim emas samada Fizikal atau Tidak tetapi modus operandinya ialah melabur balik emas itu kepada syarikat yakni pelabur tidak memegang emas tersebut akan timbul tanda tanya kenapa begitu lewat Kerajaan mengambil tindakan !
Membiarkan ianya menelan billion Rm duit rakyat marhaen. Apakah ini tidak meninggalkan tanda curiga pada mereka yg prihatin ?
Kita boleh perhati sejarah bahawa mereka yg terlibat sebagai Owner atau pengarah pengarah pasti sudah pernah kena tindakan oleh Kerajaan. Mereka akan buka syarikat baru dan menganiaya orang ramai lagi. Bukannya mereka ini bisnesman yg tegar tetapi mungkin mereka memang bijak memanipulasi kan keadaan. Apa yg Den perhatikan ialah mereka menjual mahal dari harga pasaran tetapi bila di minta Buy back tiba tiba tak cukup cash ! Di mana logiknya ? Kemudian akan ada report polis dan sebagainya. 


Dari pemerhatian Den,

1) Apabila bisnes sudah berkembang pesat mencecah Billion Rm, mereka akan mula memikir jalan keluar untuk tidak mahu meneruskan komitmen mereka. Mereka yakin pasti serbuan akan di lakukan bila report di buat samada oleh pelabur sejati atau upahan mereka. Serbuan hanya dapat sedikit sahaja kerana sudah tentu Emas Emas dan Rm Rm tersebut sudah di pindahkan ketempat yg mereka sahaja tahu.

2) Maka terselamatlah mereka dari membayar dividen atau hibah. Pastinya Kerajaan yg di salahkan kerana menyita harta syarikat. Maka mereka tak mampu membayar dividen dan modal pelabur pelabur. 

Boleh cek berapa kg Emas yg di sita dengan dakwaan billion Rm terlibat. 1 kg Emas katakan Rm 200,000. Maka jika 1 billion pasti ada sekurang kurangnya 5000 kg Emas atau 5 tan. Jika 10 billion seperti yg di gembar gemburkan maka ada 50,000 Kg Emas atau 50 tan. Pastinya kita akan mendapati sedikit sahaja yg di sita. Mana pergi yang lain ? Bukan senang menyediakan storage untuk Emas Fizikal sebanyak itu.

3) Pengarah pengarah syarikat akan membayar Denda itupun bukan senang dan memakan masa untuk mendakwa mereka. Mereka akan buka syarikat lain pula dengan penambahbaikan dari segi Istilah dulu dividen sekarang hibah dan syariah compliance agar mangsa mudah terperangkap. Perhatikan mereka pernah buka syarikat sebelum ini dan pernah kena serbu. 

4) Bukankah amat menguntungkan ? Sesudah menjadi belon yg amat besar just cucuk satu jarum maka pecahlah. RAMAI yg terperangkap dan biasanya tidak akan dapat balik sebab ada masalah dari segi jumlah sebenar yg di simpan oleh syarikat dan yg dirampas atau di sita !

5) Ironinya ambil aje kes kilang tiba tiba terbakar dan insuran terpaksa menanggung pembayaran gantirugi pampasan. Apakah jaminan bahawa barang 2 berharga yg di insurankan tersebut masih ada dalam premis tersebut sebanyak yg di tuntut ?

6) Percayalah apabila perkara ini sudah reda maka in the middle of no where muncul Syarikat Baru Wawasan Baru dan tidak mustahil seperti sebelum ini, penerajunya ialah orang yg sama.

7) Implikasinya : Rakyat akan berburuk sangka ada orang kerajaan yg terlibat kerana sama aje modus operandi sebelum serbuan. Mula mula akan di letakan dalam senarai pemerhatian BNM kemudian di biarkan 2 atau 3 tahun kemudian baru Raid apabila sudah ada report dibuat samada oleh pelabur atau pelakun . Persoalannya ialah kenapa dalam zaman IT serba maju ini ia mengambil masa terlalu lama untuk di bendung ? Buka sahaja internet sudah tahu akan keterlibatan rakyat dalam permainan penipuan ini. 
 Tidaklah salah jika rakyat menuduh asal dekat pilihanraya sahaja akan ada serbuan. Maka kerajaan juga di persalahkan kononnya memerlukan Dana yg banyak untuk pilihanraya. Salah kah mereka beranggapan begitu jika memang setiap kali pilihanraya menghampiri maka baru ada serbuan. Kenapa perlu 3 tahun dan termasuk kononnnya siasatan cecah 4 tahun . Condong kearah pilihanraya bukan ? Tiadalah kita menuding jari kearah kerajaan namun jika perkara ini tidak di ambil berat maka tohmahan rakyat ada asasnya. Mungkin kerajaan tidak terlibat tetapi Pelaku Pelaku yg tidak Amanah yg terlibat namun PALITAN NAJIS tetap terkena kepada kerajaan.

8) Namun atas nama ingin mencapai apa yg di katakan orang Retire Young Retire Rich maka mudahlah mereka yg berniat serong mengambil kesempatan. Sikap Melayu Mudah lupa juga memainkan peranan. Tamak walau sudah tahu akan implikasinya tetapi kerana beranggapan mereka antara yg terawal memasuki Skim Syarikat memungkinkan mereka sedaya upaya merekrut orang di bawah agar mereka mendapat Laba dari pelaburan mereka yg terkemudian.

9) Kemungkinan Emas yg A beli sebanyak 1 kg dan di laburkan kembali pada syarikat di jual pula oleh Syarikat kepada B sebanyak 500 gm dan C 500gm adalah suatu yg tidak dapat di tolak ! Jika ini benar berlaku maka dari segi syariatnya adalah haram. Menjual satu barang kepada beberapa pembeli. Jika pihak berkuasa boleh memperincikan akan jumlah pelaburan dengan Emas Fizikal yg di order Syarikat sepatutnya Tally atau bertepatan dengan order dan supply. Ianya amat mudah kerana Syarikat yg di serbu itu pasti ada membuat sejumlah order untuk supply dari mana mana pembekal Emas tersebut. 

10) Akhirnya akan timbul satu Polemik, kerajaan menyekat Syarikat Melayu yg ingin maju dalam perniagaan. Benarkah ? Atau memang begitu modus operandi perniagaan mereka. Bila sudah terlalu banyak untung, by hook or crook mesti gunakan agensi kerajaan untuk menyerbu premis mereka agar dapat melarikan diri dari keterbertanggungjawaban mereka kepada pelabur. Mengapa perlu menunggu 10 tahun baru kaya jika 3 tahun sudah billionaire ?

Bersama kita fikirkan sejenak !

Tulisan Den ini tiadalah bermaksud apa apa cuma sekadar satu nukilan merapu meraban dari kejauhan di Kota Kemuning. 

Bayangkan Bank Negara sendiri tidak dapat mengeluarkan begitu banyak Emas Kijang walhal Kijang Emas adalah Legal Tender. Rujuk gambar di bawah.
credit to tok belagak

sebagai penutup sy attachedkan quote nasihat dari ahli akademik bertauliah ustaz zaharuddin.net pulok.



 sekian dulu dr bilik berita shahdinar.com


No comments:

Post a Comment