Monday, December 31, 2012

Mas Kahwin Terkini : Membudayakan Hantaran Kahwin dengan Dinar Emas

salam semua, entri kali ini adalah ingin berkongsi satu artikel oleh Prof. Dr. Zuhaimy Ismail mengenai galakkan penggunaan Dinar Emas sebagai mas kahwin, bagi menggantikan wang tunai sebagai hantaran.


sumber : sihar harian

berikut adalah artikel penuh mengenai membudayakan Dinar Emas Syifa baik sebagai Mas kahwin atau hantaran Kahwin terkini sebagai pilihan terbaik oleh Prof. Dr. Zuhaimy Ismail.


ISLAM ada panduan lengkap dan terperinci mengenai perkahwinan, bermula daripada kriteria atau cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), panduan hubungan seksual antara kedua suami isteri, bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika berlaku pertelingkahan atau kemelut rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci.

Nabi Muhammad SAW mendorong umatnya untuk mempercepat perkahwinan, mempermudah jalan untuknya dan membanteras perkara-perkara yang melanggar syariat. Ini adalah kerana perkahwinan itu merupakan jalan yang paling bermanfaat dan paling afdal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan.

Melalui perkahwinan akan terjaga seseorang itu daripada apa yang dilarang ALLAH SWT. dalam memenuhi keperluan lelaki dan wanita di samping keperluan manusia suami isteri untuk melahirkan keturunan dan memakmurkan dunia yang diamanahkan.

Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sahya itu perkahwinan, maka ia akan mencari jalanjalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman ALLAH. “ertinya : Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Ruum : 30).

Konsep perkahwinan dalam Islam perlu difahami oleh masyarakat kita dan perlu merujuk kepada panduan yang diberikan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Islam meletakkan perkahwinan pada suatu tahap yang amat tinggi dalam pembangunan masyarakat. Dalam mengadakan majlis perkahwinan pula, Islam ada panduan bagaimana mewujudkan sebuah pesta pernikahan yang meriah, namun tetap mendapatkan keberkatan dan tidak melanggar tuntunan agama, begitu juga dengan majlis kenduri perkahwinan yang sederhana tetapi penuh dengan pesona dan keberkatan.

Perkahwinan merupakan satu fitrah kejadian manusia dan keperluan masyarakat sejak zaman berzaman lamanya dilakukan dengan adat mengikut keperluan agama.

Hampir di serata dunia kaum wanita disanjung oleh kaum lelaki dan begitu juga dalam ajaran agama Islam wanita mendapat tempat yang mulia dan mendapat penghormatan sewajarnya.

Apabila seseorang lelaki itu mahu mengahwini seseorang wanita, ianya dimulakan dengan majlis merisik diikuti dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis perkahwinan.

Semua majlis ini dilakukan dengan penuh keceriaan dan peradaban yang tinggi.

Dalam zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian.

Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buahbuahan, dan sebagainya.

Walaupun terdapat perbezaan adat dari satu negeri ke satu negeri tetapi mas kahwin yang diberikan adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Usaha memartabatkan kaum wanita seterusnya, Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) telah mengeluarkan barang kemas dan dinar emas yang dipakejkan khas untuk disesuaikan sebagai barang hantaran atau mas kahwin. Produk dinar emas yang bercirikan lambang kasih sayang yang berterusan dan kekal abadi.

Perkahwinan yang bermatlamat untuk kekal abadi seperti kekalnya nilai emas. Masyarakat sudah mula sedar akan penyusutan kuasa membeli wang kertas ringgit Malaysia dan sudah mula mahu  menggunakan emas atau dinar emas sebagai mas kahwin.

Sumbangan kaum wanita tidak seharusnya diberi mas kahwin dengan sesuatu yang susut nilai mengikut masa dan masanya sudah tiba bagi pihak majlis agama di setiap negeri tidak menetapkan nilai ringgit Malaysia dua puluh dua ringgit setengah sebagai mas kahwin. Jika kita ikut tradisi RM22.50 ini, nilai satu ringgit anggaran bersamaan dengan 8 dirham perak.

Jika 1 dirham bersamaan dengan RM25, ini bersamaan dengan RM4,500 (22.5X8X25). Oleh itu, kembalilah kepada nilai sebenar untuk mas kahwin dan diharap masyarakat kita dapat membudayakan mas kahwin menggunakan dinar emas dan dirham perak dan bukan wang kertas yang menyusut nilai. Dinar Syifa' yang dikeluarkan khas sungguh unik sebagai mas kahwin boleh menjadi pengikat  pertalian perkahwinan kekal abadi.




Tuesday, December 4, 2012

Takaful Prudential : Kerja Petronas pun carum Takaful PruBSN...

salam entri kali ni adalah mengenai takaful pula. baru baru ni balik petang. sempat bersembang dengan sorang brader di kedai mamak area gombak sambil minum teh tarik ngn roti telur bawang...

gambar hanya sekadar hiasan. sbb xsempat nk ambil gambar :)


setelah panjang2 cerita...  sekali terbukak cerita insurance takaful.... saya minta la dia share sikit pengalaman dengan insurance takaful prudential yg dia amik. dan  kebetulan saya pun buat takaful ni.

so terjadi la satu perbualan seperti di bawah :



Dialog dgn abg kerja petronas :

aku : abg keje petronas pun amik takaful pru ? bukan petronas cover semua ke medical utk anak isteri 

semua ??

abg j : mmg la coverrrr....  tapi in case aku tetiba xde nnti... petronas xcover dahhh famili aku...

naya diorg nnti..

aku : abis aritu yg anak abg masuk hospital tu cane ??

abg j : petronas baya seme bil hospital swasta tu...

aku : laaaa.. rugi la amik baya takaful pru tu bulan2...

abg j : rugi hapenyer... tak usik la peruntukan perubatan medical card Rm500,000 utk anak2 aku dan

bini aku tu... ( rm500,000 x3 org )

ni la utk cover incase ape2 jd kalu aku xde nnti....  caruman anak2 aku xyah bayo smpai umo

25tahun... medical cover, saving ada...


yg anak aku masuk hospital ni pun... boleh claim elaun hospital kt pru.


aku : brape ?

abg j : boleh la rm100 sehari... 3 hari dpt la 300....

sekian... hujan lebat dah nk magrib.... kami pun bersurai ....

hmmm begitula hendaknya pada yang sesiapa yang ingin tahu bagaimana takaful ni sedikit sebanyak boleh membantu anda dan keluarga anda....


sambung sikit gambar dan promosi untuk takaful : secara rambang :



Hanya lebih kurang rm150 je untuk korunk
Tak perlu pening2 sediakan bajet utk kos2 perubatan mendatang....
dpt RM500,000 tuuuu....

Daripada korang simpan rm150 tu kat bank... nnti bila masuk spital.. kene kluarkan jugak utk bayar

kos perubatan...

SAVING UNTUK PENCEN PUN DAPAT !!
KALU KORUNK TAKMAMPU BYR DH.... PRUDENTIAL SIAP BAYAR KAN !! (tnc )

nak yang xyah byr co takaful ?? pun ade....

CONTINGENCY PLAN YANG SANGAT BERMANFAAT !!

KALU KORUNK FAHAM DAN SEDAR KOMPOM korang tak nyesal punya...!!

FREE QUOTATION, MORE TRANSPARENT !
www.shahdinar.com

semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu anda.