Monday, April 8, 2013

Mengajar Anak Sikap Hormat

salam semua, post kali ni sangat lari dari tajuk, kerana saya nak post mengenai mengajar anak sikap hormat ... cara mendidik anak yang seusia muda 5 tahun kebawah yang di kongsi oleh Prof. Dr. Rozieta Shaary di facebook beliau....  ( semoga ia menjadi rujukan saya masa akan datang )


anak hormat


Tips MENGAJAR ANAK SIKAP HORMAT 

Perkongsian ini mendapat share yang paling tinggi untuk bulan lepas. Lebih 88,000 orang viewed perkongsian. Ibu muatkan sekali lagi bagi yang terlepas. Perkongsian daripada Admin saya. TQ admin. CONGRATULATION!
--------------------------------------------------
Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat:

Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.

Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!

Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?

Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'

Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.

Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.

Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:

'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.

Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.

Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.

Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.

Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.


sumber 


EmoticonEmoticon