Tuesday, August 27, 2013

Emas Spread Rendah: Pelabur Emas Lingkup

salam semua, pagi ni saya nk kongsi tips yang saya dapat dari antara otai dalam dunia emas perak di malaysia.


berikut adalah tips terus dari tok belagak

Perlukah Ilmu Spread.....? Ilmu Retro ini banyak memerangkap Pembeli Emas Offline yang kurang mendapat pendedahan akan Spread ini... Ramai di sogokan dalam seminar bahawa Spread Syarikat mereka sangat rendah...Di buat perbandingan antara Syarikat A B C ...

Maka terbukti spread mereka terendah ..Mereka pun pakat beli dia tahun 2011 banyak banyak dan simpan dalam Safe Box dan ada juga guna Arrahnu buat Multiply sampai Tercekik Goldbar...

Akhirnya Graph tidak selalu menegak...Graph menurun...terkulai layu tiada berdaya...Di timang timang tak naik juga...

Ada yang jumpa DEN bertaraf Jutawan....Emas kat 2 -3 kilo masa beli hampir 190/gm sedangkan sekarang 149/gm aje...pastu pula di suruh oleh Upline beli yg 250 gm sahaja...Bangga dapat beli besar besar...Lagi le payah nak lepas...Nak Pajak pun tak di terima sebab berat..

Maka di sini 3 perkara boleh di ambil iktibar

1) Spread ini sudah kategori RETRO....Diambil kesempatan untuk memperdaya mereka yang kurang arif

2) Tanpa Ilmu, Jutawan pun boleh lingkup.

3) Beli dalam Dominasi yang kecil kecil supaya mudah di jual sedikit sedikit ketika memerlukan Cash...


p/s : emas spread rendah ini adalah antara kriteria utama dalam pembelian emas. namun begitu ramai pembeli emas baik offline atau online yang termakan dengan janji manis kerana bakal pembeli emas ni menyangka graf harga emas sentiasa menaik. 

jadi bila sentiasa naik, maka pada pembelian spread rendah , mereka boleh mencapai keuntungan segera, kemudian jual dan makan untung. 

sejak kebelakangan ini harga emas mendatar malah jatuh mendadak, jadi ramai yang beli emas pada harga rm190/gram mula meroyan dan hilang punca exit plan. jika simpan sendiri xpela, boleh peram jek, tapi kalu masuk ar rahnu dalam keadaan ni, memang sakit banyak la untuk melangsaikan upah simpannya serta pinjaman.

jadi peringatan utama disini adalah... tak kiralah SYARIKAT PELABURAN EMAS ITU MENGGUNAKAN  "MODAL"  SPREAD RENDAH KE, LOW PREMIUM KE, BANTU TEBUS ARAHNU KE  ATAU BELI 100GRAM PERCUMA 200GRAM KE...... yang penting sekarang ni adalah anda. PERTIMBANGKAN SKIM-SKIM PELABURAN EMAS INI DENGAN GARIS PANDUAN ILMU PELABURAN EMAS YANG BETUL.... 








EmoticonEmoticon