Saturday, October 26, 2013

Cara Kira Harga Emas 916 dan 999 Malaysia

Cara Kira Harga Emas Malaysia 916 dan 999 

salam  hormat dan salam berhujung minggu buat semua pembaca shahdinar.com

setelah mendapat permintaan dari shahdinar email subscribers, hari ini saya berkelapangan nak berkongsi mengenai cara kira harga emas kat malaysia ni...

simple jek, memula kita akan ambil harga emas mentah dunia dari website kitco, dimana nilai nya sandarkan pada nilai US Dollar...

Harga Emas Semasa Dunia 25 October 2013 ( untuk seberat 1 oz emas )

Graf bagi Harga Emas di atas adalah Harga Emas Dunia bertarikh 25 october 2013 ( Jumaat ) ia tutup pada jam 5 pagi waktu malaysia. ( sabtu ahad public holiday jadi harga emas pun cuti laaa, hari isnin baru kerja laa :P )

kemudian kita ambil pula nilai ringgit malaysia berbanding US Dollar


ok nilai ringgit malaysia berbanding us dollar di atas saya ambil dari sebuah money changer. ia bertarikh 26 october 2013 iaitu bersamaan hari sabtu. ( hari ini la ya )


ok sekarang mari kita kira harga emas mentah di malaysia sekarang:


1. Ambil nilai semasa Harga Emas dunia USD ( dari graf di  atas) DARAB  nilai ringgit semasa berbanding US Dollar 

2. USD 1352.90  x   RM 3.160 =  RM4275.16 

3. Jadi Harga Emas mentah di Malaysia adalah berharga RM4275.16 / Oz

4. Oleh Kerana 1oz = 31.1gram . kita perlu bahagikan  Harga Emas tersebut kepada oz. supaya kita dapat mengira harga emas tersebut kepada /gram.

 RM4275.16 / 31.1gram =  RM137.46/gram 


selesaiiiii....

jadi untuk harga emas mentah atau di panggil harga emas spot  di malaysia ni ...  harga nya adalah RM137.46/gram untuk emas tulen 999  ( harga yang tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah siap )

ok, sekarang untuk mengira harga emas berketulenan 916 pula... anda hanya perlu darabkan sahaja harga tersebut kepada 0.916

Rm137.46 x 0.916 = RM125.916


5.  Jadi harga emas 916 Mentah untuk malaysia adalah RM125.91 ( harga yang tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah siap )

selesai...


Info yang Mungkin boleh membantu  tuan

Beli Emas  Tanpa Upah,  Daftar Percuma dan layan diri disini...  Sila Layar Kedai kami

Ingin Membeli Emas Pada Harga   Lebih Murah sentiasa dan Selamat ?? sila baca sini...

  Percuma Jer : Tips Beli Kereta Baru : baca sini 



EmoticonEmoticon