Thursday, April 24, 2014

Tips: Jangan Pakai Cincin Masa Mengandung !

salam semua info ini saya dapat dari seorang rakan facebook saya yang tampan dan macho bergaya.

beliau baru sahaja berkahwin dan kemudian di rezekikan Allah bunting pelamin. alhamdulillah. jadi sebagai pengantin baru, sudah tentu cincin emas 916 perkahwinan mereka masih tersemat di jari.

Pada ketika mengandung lebih kurang 6 bulan ... (perempuan mengandung ni kan mengembang semuanya, termasuklah jari jemari yang halus mulus tu,)  nak di jadikan ceritera, jari yang mengembang itu telah menyebabkan cincin emas yang di pakai di jari telah menjadi terlalu ketat sehingga menyukarkan pengaliran darah.

jadi setelah ikhtiar mereka untuk membuka cincin emas di jari itu secara pusing pusing, tarik tarik tidak berjaya. maka mereka bercadang mendapatkan bantuan itu dari yang lebih arif yakni pihak bomba.

berikut adalah antara gambar mereka mendapatkan bantuan di balai bomba dan penyelamat jalan hang tuah.

Setelah tidak mampu untuk di buka sendiri, akhirnya mereka pun meminta bantuan pihak bomba.


Kesungguhan pihak bomba membuka cincin emas di jari yang telah kembang.


Alhamdulillah cincin emas telah selamat dibuka menggunakan peralatan khas oleh pihak bomba.

Setinggi-tinggi penghargaan ke atas pihak bomba dan penyelamat jalan hang tuah yang telah membantu atas usaha mengeluarkan cincin ini. Alhamdulillah.

moral of the story : jangan pakai cincin masa mengandung !!

Thursday, April 17, 2014

Rantai Leher 916 Bebola Cinta Malam Jumaat

salam semua.

Sempena Malam Jumaat ni. saya nak up kan seutas rantai leher emas 916 baru seperti gambar di bawah.

Harga Special Muah Muahhhh....

[ Cinta 916 di Malam Jumaat ]

Rantai Leher Cinta Malam Jumaat

Emas 916
berat 14.88
panjang 50cm

Sangat Sesuai untuk Isteri2 muda bergaya di Malam Jumaat.








- Rantai Leher Bebola Cinta Malam Jumaat
- Emas 916
- Baru
- Berat : 14.88gram
- Panjang : 50cm









Gambar adalah Rantai Leher Bebola Cinta Malam Jumaat ( klik Gambar Untuk Paparan lebih Jelas )



Harga Special yang ingin di tawarkan pada malam jumaat ini adalah RM139/gram dengan penghantaran RM10. ( harga ini valid sehingga 19/4/2014 sahaja )

Sekiranya anda berminat dengan Rantai Leher Bebola Cinta Malam Jumaat ini Sila Lock di bahagian komen blog post ini begini :



" shahdinar saya minat, sila whatsapp/sms saya di nombo 0123441144 untuk urusan selanjutnya "