Thursday, January 22, 2015

Tips Bisnes : Hati-hati bila anda jumpa orang yang mengaku Datuk dan Tan Sri...

salam hormat hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai tips bisnes, ni general dan apply dalam semua saiz biznes dan bidangnya.

saya dapat tips ni dari facebook member2....



Tips bisnes dari MAG Builders





BROKER PROJEK KERAJAAN

Mohon SHARE.. utk manafaat bersama

teringat satu ketika dahulu diwaktu awal perniagaan. Jumpa dgn pelbagai agen.. broker... vvip... dato... konon2nya boleh memberi project jutaan ringgit hinggalah ratusan juta... malah ada yg offer BILLION RINGGIT. WOW!!!

Wang melayang... masa terbuang... hati sakit... jiwa geram... kiri kanan depan belakang kena TIPU.
GAYA mereka terlalu hebat dgn berpakaian ala2 orang kaya.. jam rolex cuma tak tahu ori atau tipu..

ada driver pakai mercedes lama, lepak dekat the garden midvaley... hingga kita rasa mudah mempercayainya mereka. Kononnya isteri nya adalah anak saudara KM serawak laa.. saudara kepada menteri itu dan ini..

Namum hakikatnya mereka telah memasang niat.. dan memang berniat utk mencuri.. menipu dan merompak secara PROFESIONAL..

kita yg setahun jagung menjadi mangsa kerakusan mereka.

Itulah pengalaman berharga. PESANAN kepada BROKER2 diluar sana ... berhentilah buat kerja haram .. tak kemana pun DUIT itu.

Realiti sekiranya wujud project berkenaan buat apa dia orang nak offer orang lain yg tidak dikenali dan tidak dipercayai.

No comments:

Post a Comment