Tipu kutu emas guna group whatsapp

Salam hormat,

Sejak kisah ramai yang tersontot emas dilihat ada yang mengambil kesempatan di group facebook dengan melancarkan skim jual kutu emas secara underground dengan mwngumpulkan nombor whatsapp dan dijual secara 'private' di whatsapp group.

Mungkin tanpa menyelidiki kesahihan latarbelakang penjual mereka terus setuju utk di add dalam group whatsapp sekaligus terjebak dengan skim ini.

Gambar adalah laporan dari harian metro 21 february 2015 mengenai skim kutu emas penipu yang menjual emas di group whatsapp. Mereka mengumpulkan nombor telefon mangsa dari group facebook dan sekaligus menipu kumpulan mangsa yang sangat inginkan emas cantik dan murah dari harga pasaran.


Tak salah jika anda nak join mana2 penjual yang ingin menjual emas secara private guna group whatsapp... tapi pastikan anda cek latar belakang penjual tersebut terlebih dahulu...

Contoh mudah :

1. Google nama dia atau nombo telefon dia.

2. Cek samada dia agen/penjual emas yang genuine atau tidak melalui google paling senang.

3. Jika dia menggunakan profile facebook. Cek friendlist dia. Trusted friends atau akaun facebook yang baru dibuat.

4. Pastikan nama facebook dan gambar profil adalah gambar sebenar. Bukan nama dan gambar fancy2.

5. Paling senang tanya kembali di group2 facebook emas adakah penjual seorang yang trusted ataupun tidak.


No comments

Powered by Blogger.