Wednesday, February 17, 2016

Bila masa sesuai nak jual stok simpanan emas saya ? Baca tips ini...

salam hormat sudah lama saya tidak update blog ini. hari ini saya ingin kongsi kan tips 'permainan' emas oleh seorang yang juga penjual emas online / offline iaitu Encik Zulkifli Shafie.

ini adalah tips penting untuk anda tentukan bilakah waktu yang sesuai untuk anda menjual emas yang berada di tangan dan anda juga boleh mengenalpasti anda berada pada posisi mana sebagai pembeli barang kemas tegar.

Berikut adalah apa yang telah di kongsikan oleh encik zul :


Harga emas dah naik banyak berbanding 2 minggu lepas dan dua bulan lepas. Boleh refer price history di http://goldprice.org/gold-price-history.html.
.
Ini adalah artikel pendek yang saya ingin kongsikan untuk anda, terutamanya yang baru mula nak join dunia emas.  samada sebagai pelabur, penjual, atau pengumpul barang kemas.


----> BAGI PELABUR
.
Bagi sesiapa nak MERASA UNTUNG simpan emas short-term atau ada plan nak pakai duit dalam jangka masa terdekat, boleh jual sekarang. At least PERNAH MERASA UNTUNG simpan emas.
  ( yang di maksudkan oleh encik zul adalah jual pada sekitar 11 february 2016 )
.
----> BAGI PENYIMPAN
.
Tapi bagi yang beli emas untuk KUMPUL GRAM macam saya, simpan jer lah. Saya jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Saya tak akan jual, kecuali (1) terdesak nak pakai duit, atau (2) membeli harta lain yang boleh jana keuntungan lebih besar. Dan portion simpanan 'tetap' jangka panjang, memang saya tak pernah fikir untuk jual sebab itu 'insuran' kekayaan saya.
.
----> PARAS HARGA SEKARANG
.
Samada harga emas akan terus naik atau turun lepas ni, saya sendiri tak tahu. Tak siapa tahu "how high is high". Yang confirmnya, sekarang ini memang high sebab harga sudah mencecah USD1,200 per oz. Ia harga tertinggi dalam tempoh 6 bulan.
.
----> BAGI ORANG BARU
.
Bagi yang baru nak bermula, boleh mula dengan bajet kecil dulu sebagai benchmark harga sendiri. Nanti baru senang faham harga tinggi rendah, insyaAllah. Selagi tak mula, kita tak akan faham. Dan kita akan sentiasa tunggu harga yang tak realistik macam pungguk rindukan bulan...


Rujukan fb Mohd Zulkifli Shafiee

Harga Emas Dunia 2016

Ingin di TEGASKAN DISINI : Pelabur disini bukan lah bermaksud anda join skim skim emas samada bertangguh, delay, berhibah dan yang seumpamanya. Ia sebenarnya adalah skim skim ponzi yang akhirnya akan memerangkap anda yang join skim ini. 

Percayalah Ia akan bertahan maksimum hanya 3 tahun sahaja. Jadi jangan leburkan harta anda secara sia sia.



mudah mudahan ia bermanfaat.

1 comment: