Wednesday, December 28, 2016

Pilih Mentor bisnes yang tak menunjuk-nunjuk 4 perkara ni...

Ramai anak muda yang sangat ghairah nak berbisnes kerana nak pakai kereta besar, rumah besar dan melancong sana sini dengan duit yang berkepok kepok. walhal mereka sebenarnya tidak di dedahkan dengan jerih perih sebenar sebuah perniagaan sebelum ianya betul betul berjaya.




Hati hati apabila ada orang lain mengajak anda membuat bisnes dengan menunjukkan simbol simbol palsu hasil dari bisnesnya.

1.  Duit berkepuk kepuk
2.  Kereta menjalar
3.  Rumah besar
4.  Melancong sana sini

Hakikatnya, semua bisnes tidak terlepas dengan sumpahan keramat 3 tahun. Statistik menunjukkan 93% bisnes tutup selepas tempoh 3 tahun.

Fakta ini bukan untuk menakut nakutkan tetapi agar kita berhati hati. Jangan lebur banyak sangat duit kerana teruja mendengar cerita sukses dalam bisnes. Yang tak sukses lebih banyak dari itu. Hati hati sahaja.

Orang kaya tak tunjuk mereka kaya. Diam diam sahaja. Orang yang tak kaya sahaja tunjuk tunjuk mereka kaya. Kerana itu simbol kekayaan palsu.


EmoticonEmoticon