4 Tips Penting Sebelum Masuk Rumah Lelong

salam semua,

rumah lelong, ramai teruja ingin memilikki rumah lelong kerana umum mengetahui bahawa rumah lelong ni mesti murah dan harganya pula biasanya berada di bawah harga pasaran. contoh kalau sebuah rumah teres biasa berharga RM400,000 tetapi dengan membeli rumah lelong kemungkinan harga yang boleh pelelong dapat kemungkinan pada sekitar rm350,000 sahaja mungkin lebih murah atau lebih mahal bergantung kepada permintaan kawasan tersebut.

tips masuk rumah lelong
4 Tips Penting Sebelum Masuk Rumah Lelong



Sebelum kita mengambil keputusan memasuki rumah lelong, adalah sangat penting untuk kita mengambil kira faktor faktor asas kewangan kita. Ini kerana jika dalam keadaan kedudukan kewangan tersepit kita ghairah untuk memasuki rumah lelong, bimbang nanti jika kita menang sesuatu rumah lelong itu, kita tak mampu untuk membayar ansuran bulanan rumah, tidak mampu menyelesaikan tunggakan tunggakan yang sedia ada, tidak mampu untuk mengeluarkan belanja untuk membaik pulih rumah rumah itu dan macam macam kos lain yang perlu di ambil kira.

Jadi 4 Tips Penting yang kita MESTI lakukan sebelum kita masuk membida rumah lelong adalah


Fokus selesaikan isu pokok dulu ( mengikut turutan)

1. Cashflow : pastikan ada lebihan pendapatan setiap bulan (positive cashflow).
Kurangkan belanja atau tambah income ( Mesti buat salah satu )
2. Emergency fund : at least 6 bulan perbelanjaan ( backup penting ni )
3. Perlindungan : takaful
4. Modal : kumpul modal untuk beli rumah, nak baiki rumah, nak bayar selenggara rumah dan kos kos tersembunyi yang lain.

Tak salah menyewa dahulu sementara kita membuat persediaan membeli rumah...
Yang penting kita sediakan tempat tinggal untuk keluarga kita dan ianya tidak semestinya rumah kita sendiri...
Tak perlu paksa diri sebelum masanya...buat apa bangga ada rumah sendiri jika disebaliknya kita menjerat diri...
Orang lain memang jadi tukar sorak cakap tahniah, tapi sakit bulan2 kita sorang yg hadap...
Hepi ke macam tu?


,
kredit Izwan Latiff

No comments

Powered by Blogger.