Wednesday, July 12, 2017

[Video] Skim Pajak Kereta : Owner ambil hak sendiri, tapi owner pula dilihat salah....

Tags

Skim Pajak Kereta : Owner ambil hak sendiri, tapi owner salah.... 

Tajuk ini ingin memberitahu bahawa jika kita tersalah melakukan pelaburan, kemudian kita ingin menuntut kembali dan kemudian mengambil semula hak kita itu secara terus, kita akan dilihat salah dari segi undang undang.

inilah sebab penting kenapa kita perlu tanamkan kesedaran asas pengurusan kewangan di kalangan kita sendiri, keluarga kita, anak anak kita, kawan kawan kita agar mereka sedar akan perkara ini.

Video PPIM bersama mangsa pajak serbu dan menuntut kembali kereta mereka dari Syarikat Penipu Sewa-Pajak kereta.

Video di bawah adalah antara usaha pihak PPIM menyerbu dan membawa keluar kereta mangsa pajak bersama sama tuan kereta sendiri daripada syarikat pajak kereta sewa penipu yang terletak di kajang.

Ringkasan :

Tontonlah video ini dan video video susulan di page PPIM sendiri, lihat bagaimana susahnya anda sebagai owner atau tuan kereta mendapatkan hak anda kembali dari tangan si penipu ini.

di fahamkan lebih 1500 biji kereta yang di milikki 500 owner berada di tangan mereka. bayangkan sudah beratus laporan polis telah dibuat, pinjaman kereta mereka tidak berbayar antara 7-12 bulan, tetapi masih tidak ada apa apa tindakan di ambil kepada syarikat ini.


Kesimpulan

Bertitik tolak dari kejadian ini seharusnya kita mula mengambil langkah langkah meningkatkan kesedaran celik pengurusan kewangan, agar kita , kawan kawan kita, generasi kita tidak terjebak dengan skim kereta sewa, pajak kereta , dan skim seumpamanya seperti skim emas, dapat duit bulan bulan, skim forex, skim cryptocurrency dan yang lain lain.

Sekiranya kita di dedahkan dengan pengetahuan asas kewangan yang mantap dari awal, mungkin kita kurang di jebakkan dengan skim skim cepat kaya seperti ini.


#nakmulabisnesjanganpinjam !
#nakmulabisnesmuladenganmodalreadytoburn





boleh follow page PPIM untuk sebarang video video terkini serta laporan laporan terkini mengenai tuntutan tertangguh pengguna islam malaysia.  page PPIM


EmoticonEmoticon