Wednesday, August 2, 2017

Adakah perlu Kakitangan Kerajaan mengambil Takaful Medical Kad ?

salam semua, kali ini saya nak share satu info bermanfaat yang saya baca di website tuan zulkifli, ia adalah mengenai adakah jika anda kakitangan kerajaan anda tidak lagi perlu mengambil medical card sebagai perlindungan tambahan untuk diri dan keluarga anda ?

Jom kita baca ada 4 Point yang boleh di kira penting untuk kita pertimbangkan sebelum kita menolak untuk mengambil takaful yang mempunyai medical card.

Adakah kakitangan kerajaan memerlukan medical card ?
Adakah kakitangan kerajaan memerlukan medical card ?

1. Bila melibatkan kos rawatan yang besar, kita tetap kena bayar jumlah yang besar kepada hospital kerajaan. Sebab tu walaupun masih ada hopital kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit kronik terpaksa minta sumbangan untuk rawatan.

2. Untuk dapat rawatan hospital kerajaan, kita kena ikut giliran. Terpaksa ikut giliran sebab pesakit yang menunggu ramai. Tempoh menunggu tu berisiko samada penyakit kita semakin teruk atau silap haribulan kita mati dulu baru sampai giliran kita. Kes begini memang berlaku. Kalau hospital swasta, kita dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat.

3. Dari sudut keselesaan, banyak hospital kerajaan dah terlalu crowded. Arwah mentua saya meninggal Ramadhan tahun lepas (2013) di hospital kemaman. Apa yang mendukacikakan saya ialah, wad yang sepatutnya hanya untuk 6 katil, tapi terpaksa sumbat 11 katil! Para pesakit tak ada privasi langsung. Katil rapat2. Pendek kata, jarak antara katil hanya muat seorang sahaja berdiri, tak muat untuk letak kerusi. Hinggakan disaat mentua saya nazak, saya terpaksa baca yasin disebelah beliau sambil berdiri! Bila beliau menghembuskan nafas terakhir, semua lagi 10 katil boleh nampak arwah tu sedang nazak dah hembuskan nafas terakhir. Bila dah meninggal, biras saya terus panggil doktor. Doktor terlalu sibuk melayan ramai pesakit. Lepas 5 minit meninggal baru doktor sampai!

Dalam kes tu, saya tak salahkan doktor dan hospital kerajaan. Tapi saya rasa, alangkah baiknya kalau kami adik-beradik ipar duai dapat hantar arwah mentua tu dapat rawatan di hopital lebih baik? . At least, suasana hospital swasta yang lebih kondusif dapat beri motivasi untuk pesakit tu cepat sembuh.

4. Sebenarnya setiap perbelanjaan perubatan oleh kakitangan kerajaan akan ditolak dari gratuity pencen mrk nanti. Utk kes-kes biasa seperti demam, kosnya tak seberapa sgt. Tetapi utk kes-kes spt pembedahan major dan kimoterapi kanser, ia sgt tinggi dan boleh myebababkan gratuity pencen menjadi berkurangan sehingga kosong.. Boleh check pd GL, ada dinyatakan ttg apa-apa kos perubatan akan ditolak dari gaji pekerja ataupun tidak.


sumber


EmoticonEmoticon