Wednesday, November 22, 2017

Sebelum beli kereta, pertimbangkan Tips Penting ni dulu

Sebelum beli kereta, pertimbangkan Tips Penting ni dulu

Tips nak beli kereta
Tips nak beli kereta






1. Sejak Sejak Ekonomi malaysia nak meleset ini semakin banyak kereta baru keluar dipasaran.

2. Ramai pulak yang terliur dan mula pasang angan angan nak rembat MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza
Mari kita ulang kaji pelajaran sikit, kereta apa yang layak kita beli sebenarnya.

3. Paling tak nak pening kepala biarlah kereta tu adalah bersamaan dengan setahun gaji kita.( kurang lebih baik )

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja atau public transport dulu pun takpe.

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata "padan muka jerat sudah kena"

6. atau , Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar untuk medapatkan jawapan samada nak beli kereta atau tidak, guna pulak formula ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'.

9. Belajar simpan duit dulu, baru la belajar nak beli kereta. ( kalau rajin baca sikit, boleh kereta 'free' kalau pandai main dengan rumah )

10. Kereta terpakai bukan dosa pun, janji ekon sejuk.

kredit to Azizul Azli Ahmad


EmoticonEmoticon