Friday, April 26, 2013

Harga Emas Hari Ini 26 April Makin Naik

Harga Emas Hari Ini Jumaat 26 april 2013 naik 

salam semua selepas beberapa hari tiada posting baru... pagi jumaat yang mulia ini kelihatan harga emas dunia semakin menongkat naik....


Graf Harga Emas Hari Ini Jumaat 26 april 2013...semakin naik ada beberapa syarikat emas yang masih belum update harga emas fizikal semasa mereka pagi ni. jadi pada yang mempunyai platform untuk lock harga pagi ni agak untung disitu...

contoh anggaran perubahan harga emas di kedai emas online , jika di ikut harga emas semasa spot semalam sekira usd1440/oz manakala harga emas spot pagi ini pula sekitar usd1470++/oz perbezaan sekitar meningkat 30usd... jadi perubahan anggaran pada emas fizikal juga adalah sekitar rm3-5 ringgit juga la kan.
kalau korang beli 10gram dekat rm50 ringgit gak tu...


jadi harga terkini dari kedai emas di update oleh seorang teman facebook semalam adalah rm160 emas 916, manakala emas 999 rm170 tidak termasuk upah.


jadi sangat beruntungla pada yang dah mengambil kesempatan pada harga emas murah gila minggu ni untuk mula menyimpan emas. ada juga yang membeli emas untuk dibuat hantaran kahwin. seperti dinar syifa.


semoga hari jumaat yang mulia ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. sekian untuk pagi ni... masa untuk sambung kerja :)



pada yang nak tanya2 mengenai apa2 berkaitan emas saya cuba membantu sms/whatsapp di 01592013716
maaf yer jika saya lewat reply. tp sy pasti akan reply. tq.

Wednesday, April 17, 2013

Kenapa Harga Emas Jatuh Mendadak 2013

Kenapa Emas turun mendadak hari ini april 2013, 

ramai tertanya kenapa emas turun gila ?? yela dari harga emas semasa rm200/gram turun sampai rm160/gram  kenapa ??? ramai yang tetiba jadi confiuse betul kahh ?? dan persoalan penting yang bermain diminda kebanyakan orang ramai betul ker emas ni pelindung nilai ??? kenapa jatuh sampai macam ni sekali ??

kejatuhan harga emas yang mendadak ini sekaligus mencetuskan pelbagai response dikalangan orang ramai. ada yang dulu kata kalau emas jatuh rm190 untuk gold bar 1 gram mereka nak start meyimpan. tapi sekarang bila dengan harga rm175/gram sudah boleh memilikki seketul gold bar berketulenan 999 mereka masih lagi mengharap supaya emas turun lagi... baru nak mula menyimpan. habit biasa seorang manusia.

persoalan yang menggoyangkan pendatang baru mengenai simpanan emas adalah.... BETUL KER EMAS NI PENYIMPAN NILAI YANG BAIK ???

kebetulan saya melayari facebook pagi ni saya terjumpa satu artikel share dar tok belagak. ( pemain emas mesti kenal otai ni :)
quote :

Permainan Y*h**i dalam memanipulasi harga Komoditi terutama Emas dan Perak telah dapat di baca oleh Trader Asia. Mereka menggunakan Soros dengan mengatakan Emas bukanlah Safe Haven lagi yakni bukan pelindung Nilai Kekayaan.
Maka juak juak Ya**di seluruh dunia melambakan Emas supaya Trader lain panik dan mula menjual pegangan masing masing. Isu Cyprus pun bangkit.Namun Trader Asia just follow pada Awal sahaja untuk mengiyakan kebenaran kenyataan Soros. Kita ikut kaedah If u cannot beat them follow them.
Maka malam tadi bermula sebelum trading Asia di tutup petangnya. Harga mendaki kerana Trader Asia sudah mula membeli dengan konstant. Awas Yahudi sudah lama licik pasti ada sesuatu akan mereka buat pada pasaran komoditi tertua dunia ini.Penghulu Sinargold Pee Dee Emas pernah cakap ada duit beli aje. Kalau tak ada duit spot rm 69 pun bukan dapat beli pun. LOOK aje bukan LOCK.
Tiada panik sale berlaku di FB berasaskan Emas tidak seperti tahun tahun sebelumnya. Permainan Ya**di enunjukan mereka sudah tahu matawang akan jatuh. Maka inilah masanya mereka mengambil peluang untuk mengaut sebanyak mungkin emas dunia dengan menaikan nilai Dolar Usd.

Apa yg terjadi di Libya pun amat jelas. Bila Libya masih kacir dan memerlukan wang. Mereka menjual 300 tan emas. PADA ketika itu Usd meningkat di tengah tengah lapuran pengangguran dan defisit Amerika yg amat tinggi. Maka harga emas ketika itu jatuh merundum. USD naik Emas turun.
Mereka tapau semua emas orang Islam Libya 300 tan. Kemudian Usd jatuh balik pada nilai sebenar. Maka rakyat Libya mempunyai Fiat yang kurang nilainya di sebabkan Fiat Usd jatuh. Bijak permainan Yahudi.Alhamdulillah di Malaysia sikap panik sudah hampir tiada sehingga jualan makin rancak. Ready Stok Sinargold asal ada aje habis. Darul Emas Perak aje dalam 2 minggu ini membeli 8.35 kg emas dari Sinargold untuk Emas Pelaburan. 3 kg Emas Perhiasan.
Ya**di tahu suatu masa nanti yang penting ialah makanan. Maka untuk mengujudkan supply makanan yang berkekalan mesti ada tanah untuk membela ternakan dan makanan. Pada ketika itu wang sudah tidak bernilai kerana hanya Emas dan Perak sahaja di terima untuk belian Tanah Makanan Ternakan.
Ingat 1 dinar boleh beli kambing seekor dari dulu hingga selamanya.
Ia adalah suatu perjuangan alaf baru.Jihad pada orang mukmin. Jika setiap keluarga mukmin ada 1 kg emas pasti tiada siapa dapat menggugat ekonomi orang mukmin.
Maka tinggalkan perbuatan kurang baik seperti membazir. Kurangkan merokok simpan duit tak beli rokok tu utk beli 1 gm emas sebulan. Berdikit dikit. Nawaitu untuk bina ekonomi keluarga melalui Emas dan Perak ! 
Mukmin pasti Boleh ! Innalillah !


itu baru satu company. banyak lagi company lain seperti GSR, GCP , Publicgold yang menjual emas sehingga yang membeli perlu menunggu akibat 'ddos attack' terhadap pembelian emas murah ketika ini.


jadi pada yang ada lebihan simpanan fiat tu boleh la ditukarkan sedikit2 kepada simpanan emas tulen samada emas 916 atau pun emas 999.

* benchmark bagi harga emas yang dibeli itu pastikan jangan lebih mahal dari kedai emas seperti pohkong, habib jewel , wah chan dan sebagainya. jika lebih mahal dari itu sila cari alternatif lain. sekian.

Tuesday, April 16, 2013

Harga Emas jatuh lagi Hari ini 16 April 2013

Harga Emas Hari Ini 16 april 2013...

salam semua, saya percaya minggu ini yang mana malaysia semakin merasai bahang bahang pilihanraya umum ke 13 ini , sangat ramai orang mencari info terkini tentang harga emas semasa terkini untuk di compare kan di kedai kedai emas luar sana.

sebagai contoh semalam ada kawan pergi kedai emas mereka masih meletakkan harga emas base seperti ini

harga kedai emas

dan hari ini 16 april 2013  pula saya dapat update dari seorang teman kedai emas letak harga emas 916 pada harga  rm165/gram manakala rm175/gram bagi emas 999. dan ia belum termasuk kos upah. Harga di kedai emas mahal sedikit kerana mereka menyediakan satu platform di mana pelanggan boleh menempa emas mengikut citarasa ekslusif setiap pelanggan.



tapi pada yang mencari emas fizikal untuk dibeli secara online bagi mengikut harga pasaran semasa...sekarang

rantai gajah

dengan design yang agak terhad seperti rantai tangan pasir padu, rantai tangan gajah padu, rantai leher gajah padu, rantai tangan melur emas 916 anda boleh mendapatkannya pada harga serendah rm149/gram dengan siap penghantaran dibuat. !!!

manakala emas 999 boleh didapati pada harga rm152/gram siap semua.

contoh : rantai tangan pasir padu 20gram / rantai tangan gajah padu 20gram anda boleh dapati dengan harga kurang dr rm3000.... dimana sebelum ini harganya mencecah rm4000....

ya percayalah !!! inilah kelebihan berniaga dan membeli emas fizikal secara online. kerana kedai emas online akan update harga emas semasa mengikut harga emas terkini dunia.

jadi walaupun designnya standard sahaja. tapi anda boleh mengambil peluang ini untuk merebut emas emas ini pada harga terbaik sekarang untuk masa depan.

Friday, April 12, 2013

Kepentingan Tabung Pendidikan Anak-Anak


Antara kelebihan TERPENTING pendidikan anak melalui pelan takaful ialah:

Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.





Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika

i ) Ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.

ii ) Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.

iii ) Sebagai Ganjaran untuk kecemerlangan akademik anak anda.

Mereka juga mempunyai pilihan untuk mengeluarkan dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancanglah pendidikan anak-anak anda dengan Pelan Yang Bijak.

Jika belum ada perancangan, anda MESTI DAPATKAN pelan PruBSN SmartLink ini segera. Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega bagi sebarang kemungkinan berkaitannya.

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang lebih stabil untuk anak anda.

Pelan ini juga menghargai pencapaian bagi kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya iaitu Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.


satu pelan simpanan untuk anak-anak komprehensif yang hampir menyeluruh dalam membantu sistem kewangan keluarga dan anak-anak demi masa depan pendidikan, kesihatan dan simpanan hari kemudian mereka.




jika anda ada sebarang pertanyaan boleh terus ke sms/whatsapp saya di 01592013716 shahdinar

Monday, April 8, 2013

PRU 2013 : Semakan Daftar Pemilih 2013

Pilihan Raya Umum ke 13 atau singkatannya PRU 13 di tahun 2013 Di Malaysia kini hangat di perkatakan.

salam semua disamping menyampaikan kesedaran mengenai emas dan perak kepada rakyat malaysia. saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu dari kewajipan rakyat malaysia menjelang pru 13 yang di jangka di adakan mungkin pada akhir bulan april ini atau awal bulan mei 2013 depan.

kepada yang belum menyemak status mengundi , korang boleh la cek status korang sebagai pengundi ni layak ke idok ke...

admin doh cek doh... alhamdulillah tahun ni layak mengundi :) daftar pemilih telah di sahkan

status mengundi pru 13

jadi korang yang nak cek status mengundi boleh terus ke link ni

Status Daftar Pemilih 2013 

masukkan nombor ic korang dan klik button SEMAK

korang kuar result apa ??? sah ke tak sah ???




moh ramai ramai kita turun mengundi. setiap satu undi dari kita akan mempengaruhi Keputusan pilihanraya PRU 13 ini samada kita dapat kerajaan baru ataupun kita dapat kerajaan lama yang diberi nafas baru...





Mengajar Anak Sikap Hormat

salam semua, post kali ni sangat lari dari tajuk, kerana saya nak post mengenai mengajar anak sikap hormat ... cara mendidik anak yang seusia muda 5 tahun kebawah yang di kongsi oleh Prof. Dr. Rozieta Shaary di facebook beliau....  ( semoga ia menjadi rujukan saya masa akan datang )


anak hormat


Tips MENGAJAR ANAK SIKAP HORMAT 

Perkongsian ini mendapat share yang paling tinggi untuk bulan lepas. Lebih 88,000 orang viewed perkongsian. Ibu muatkan sekali lagi bagi yang terlepas. Perkongsian daripada Admin saya. TQ admin. CONGRATULATION!
--------------------------------------------------
Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat:

Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.

Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!

Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?

Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'

Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.

Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.

Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:

'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.

Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.

Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.

Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.

Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.


sumber 

Wednesday, April 3, 2013

Inspirasi Pemilik 99 Speedmart

salam semua, kali ni keluar topik sikit.... admin nak share mengenai inspirasi kejayaan kedai runcit franshise rangkaian terbesar buatan malaysia... 99 speedmart dan pemiliknya yang OKU ( orang kurang upaya )

99 speedmart



INSPIRASI: Pemilik Rangkaian Kedai Runcit Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya(OKU), Belajar Setakat Darjah Enam.

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit

Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.


franchise 99 speedmart


Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.

Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

pemilik 99speedmart