Hukum Beli Emas Secara Ansuran Tangguh 2014

Salam Jumaat yang mulia buat semua, berjumpa kembali kita setelah lama tiada post baru di blog  shahdinar.com ini:)

Hari ini saya nak post mengenai hukum jual beli emas secara ansuran. Atas kekeliruan saya sekian lama, sebelum ini akhirnya terjawab juga.

Sebab saya pernah tanya beberapa ustaz agama akademi di UIA, mereka kata TIDAK BOLEH JUAL BELI EMAS SECARA BERTANGGUH ( FULL STOP TANPA  PENJELASAN DETAIL ).

Jadi saya rasa iaNYA seperti tidak praktikal dengan keadaan sekarang, ramai orang berjual beli emas secara online, menjadikan penghantaran barang kemasnya memakan masa beberapa hari.


Jadi saya tak nak ulass panjang dan bukan bermaksud nak memandai2 dalam bab hukum hakam ini....

saya akan bagi link untuk panduan kita semua, merujuk dan pertimbangkan. MEMANDANGKAN INI PERKARA KHILAF, jadi pilihan anda yang manapun ia TIDAK SALAH !! jadi tidak perlu was was dan tidak perlu berbalah siapa salah siapa betul.  ISLAM ini mudah.


TIDAK BOLEH

1. Hukum jual beli emas secara tangguh adalah tidak boleh mengikut satu pendapat seperti yang di tulis di blog ustaz zaharuddin. rujukan   Link : Blog Ustaz Zaharuddin

2. Hukum jual beli ema ssecara tangguh juga TIDAK BOLEH mengikut seperti yang digariskan majlis fatwa pada bulan 9 NOVEMBER 2013  LINK : E-FATWA

3. Boleh dan Tidak Boleh Beli secara tangguh dan ansuran : Link  ( sama dengan no.3 dibawah


ok, WALAUBAGAIMANAPUN.....

latest update sekarang pada waktu post yang saya buat ini.... HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA BERTANGGUH DAN ANSURAN ADALAH DIBOLEHKAN !!!

BOLEH :

link untuk tuan-tuan rujuk adalah seperti dibawah :

1. Orang gen-Y gen-Z kata. ustaz youtube  Link : Ustaz Azhar Idrus Youtube - boleh beli emas ansuran & tangguh

2. Ustaz Zulkifli Sunnah Emas Link : Ustaz Zulkifli Youtube -



2.1 Boleh beli emas ansuran & emas secara tangguh mengikut pendapat pertama kerana mereka lihat wang kertas sudah hilang hubungannya dengan emas dan perak.

2.2 TIDAK BOLEH beli emas ansuran & emas secara tangguh jika mereka menganggap wang fiat/kertas mempunyai ilah yang sama dengan emas dan perak.



3. Boleh Jual beli emas secara bertangguh dan ansuran.


Sumber : Link sila rujuk mukasurat di Page 13 


4. BOLEH dari Majlis Fatwa sendiri di post pada bulan 2 January 2014. 


Berikut adalah jawapan majlis fatwa mengenai beli barang kemas 916 secara ansuran dan tangguh:


rujukan sini : Link Majlis Fatwa Beli Emas secara Ansuran




Sebagai KESIMPULANNYA :

Oleh itu, ada kalanya juga ia perlu diberi ruang dan terserah kepada ketakwaan dan kewarakan setiap individu dalam menentukan pilihannya.

Menurut Rariq al-Misriyy (1997 : 56), pandangan Ibn Taymiyyah dan muridnya, Ibn al-Qayyim telah menyelesaikan tiga masalah utama para peniaga barangan kemas secara serentak. Masalah itu ialah meraikan lebihan kepada pertukangan, jual beli bertangguh dan pemisahan batu permata dalam menentukan hargA.

Selain itu ia juga membantu peniaga dan bakal pembeli emas yang kurang berkemampuan juga.

Jawapan Majlis Fatwa : 

hukum asal bagi emas perhiasan 999, adalah ia merupakan item ribawi yang perlu memenuhi syarat-syaratnya, sekalipun ia dikatakan sebagai emas perhiasan. Kecuali ada bukti bahawa hukumnya sama dengan emas perhiasan 916 yang sudah dimasukkan unsur pertukangan dan terkeluar dari illah al-thamaniyyah kepada sil’ah (barangan).

: maknanya jika anda menjual barang kemas 999 ( cth rantai atau cincin atau goldbar pamp/gsr/gcp/pg  ) sudah tentulah ianya ada kos upah tukang yang mesti dideclarekan, kerana tanpa upah tukang ianya adalah emas ketul yang kasar yang boleh jatuh dalam kategori barangan ribawi.


Jika jual beli didapati meragukan. SILA TINGGALKAN.



SEKIAN. Jadi mengikut pendapat manapun anda adalah benar mengikut apa yang anda faham berdasarkan nas di atas. ia tidak haram secara mutlak.

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH.

p/s : saya akan update post ini dari masa ke semasa. sekian.

Local-Food_300*250
Info yang Mungkin boleh membantu  tuan

Beli Emas  Tanpa Upah,  Daftar Percuma dan layan diri disini...  Sila Layar Kedai kami

Ingin Membeli Emas Pada Harga   Lebih Murah sentiasa dan Selamat ?? sila baca sini...

  Percuma Jer : Tips Beli Kereta Baru : baca sini 

8 comments:

  1. salam..apakah hkum membeli emas secara ETA..contohnya saya membeli emas ETA 30 saya bayar secara tunai tetapi emas saya dapat setelah tempoh 30 hari..adakah itu dibenarkan? dan adakah ianya bebas riba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eta dan bertangguh tu sama la, melainkan konsep tangguh tu disebabkan proses tempahan. contoh awak beli barang harga 100, tapi barang xsiap lagi, so awak tak boleh la bayar RM100 tu pada penjual sebab barang xsiap lg,konsepnya bendanya kena ada depan mata baru boleh bayar. Kalo ETA, awak memang setuju nak beli barang harga 100, awak bayar RM100 tapi dapat sebulan lagi, so itu bukan urusan jual beli la. Awak bayar barang yang belum ade even penjual kata dah ada. Disitu, penjual boleh amek duit pelanggan dan dia boleh manipulate duit pelanggan untuk jual beli emas lain sementara dia ada masa nak bagi barang awak tu. Senang kata penjual mengambil deposit secara illegal la.

      Pendapat saya, mmg tak patut la kalau mcm tu, penjual dah guna duit kita untuk benda lain sedangkan barang yang sepatutnya kita beli boleh dapat on the spot (melainkan kita setuju la barang yg kita beli tu kena tempah dulu, tapi tempah dulu pon kita bukan bayar 100% kan). Itu yang tak digalakkan bila ada kes beli emas eta tapi sampai skrg seller senyap melarikan diri. Kita nak elak benda2 macam ni la.

      Maafkan saya kalau saya silap pemahaman.

      Delete
  2. As Salam,saya nak bertanyakan mengenai konsep ETA(Estimate Time Arrival).Mohon penjelasan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. eta (999) tanpa proses pengilangan adalah haram.

      Delete
    2. sudah terbukti hikmahnya... sila rujuk di pos2 facebook group yang meroyan akibat tersangkut jual beli emas eta.

      yang buruk lebih banyak dari yang baik

      Delete
  3. As Salam,

    bagaimana jika saya menjual barang kemas secara ansuran kepada kenalan?..barang kemas di berikan on the spot..bayaran bermula bulan depan?

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. man, jual barang kemas secara ansuran tiada isu syariah. boleh

      Delete
  4. Sama isu eta, kalau kita beli kaedah online. Sbb syarikat tu jauh. kita tgk harga semasa cth harga harini rm160/gram, n nak beli 1 gram goldbar, lepas tgk harga semasa terus kita bayar melalui online guna cth maybank2u, dan resit itu kita hantar kpd syarikat, setelah itu syarikat akan bagi pin belian dan kita hanya tggu proses penghantaran melalui pos utk dpt emas d tangan...adakah ia dikategorikan sbg transaksi ribawi atau dibolehkan?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.