Friday, November 14, 2014

Tips Buka Akaun Bank Syarikat Untuk Peniaga Emas Malaysia

Post ini adalah khas untuk Syarat Buka Akaun Bank Syarikat  di Malaysia Khasnya Untuk Peniaga Emas Online ataupun Offline

salam hormat... post kali ni nak share mengenai syarat membuka akaun bank syarikat di malaysia.

Jika tuan tuan menjalankan perniagaan emas, pastinya membuka akaun syarikat ini adalah perkara mandatori penting, memandangkan urusan jual beli emas melibatkan perpindahan jumlah amaun yang tinggi di kalangan penjual dan pembeli.

Semakin kerap anda melakukan urusan jual beli emas, maka semakin besarlah jumlah amaun transaksi bagi akaun anda. Nak Nak apabila anda menggunakan transaksi jual beli ini menggunakan akaun peribadi.

sudahpastilah pihak bank akan curiga dengan anda. mungkin anda akan berhadapan dengan pertanyaan "saya tengok adik ni belajar lagi ? tapi kenapa jumlah transaksi keluar masuk duit begitu banyak sekali ???

sudah ramai student-student yang menjadi agen-agen company emas telah terkena dengan pertanyaan begini dari pihak bank.

Yelah mana taknya... dengan harga barang naik, inflasi tinggi, sewa rumah mahal gila, kalau nak harap PTPTN mane cukup bang ? jadi kami terpaksa la cari income sambilan dengan cara jual beli emas ni... agen jer pun bang....

begitulah antara penjelasan yang biasa mereka berikan kepada pihak bank.

Ok tanpa berlengah lagi saya kongsi kan beberapa tips yang diperolehi dari group facebook mengenai cara membuka akaun syarikat di bank-bank seperti di bawah.





CIMB BANK

1) Bawa MyKad - pastikan cip berfungsi
2) Bawa slip pendaftaran SSM yang original
3) Bawa cop bulat (buat siap-siap) - cop petak biasanya ada nama syarikat dan alamat. Cop bulat hanya nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.
4) Standby duit RM1000
5) Tidak perlukan Introducer

MAYBANK

1) Bawa MyKad - pastikan cip berfungsi
2) Bawa slip pendaftara SSM yang original
3) Bawa cop bulat (buat siap-siap) - cop petak biasanya ada nama syarikat dan alamat. Cop bulat hanya nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.
4) Standby duit RM2000
5) Perlu ada Introducer (Pengenal) yang telah ada akaun semasa Maybank lebih 1 tahun.

AMBANK

1) Bawa MyKad - pastikan cip berfungsi
2) Bawa slip pendaftara SSM yang original
3) Bawa cop bulat (buat siap-siap) - cop petak biasanya ada nama syarikat dan alamat. Cop bulat hanya nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.
4) Standby duit RM500
5) Tidak perlukan Introducer

BANK ISLAMBANK RAKYAT
BANK MUAMALAT
BSNOCBC BANK


Walaubagaimana pun pada masa kini 12 november 2014 ramai di kalangan peniaga emas tidak menggalakkan membuka akaun syarikat dengan maybank. mereka mencadangkan pada yang ingin mula berjinak-jinak dengan jual beli emas bukalah akaun syarikat di bank RHB Bank.
=============================================
Minat Belajar cara buat duit mudah gile dengan sistem affiliate ? 


=============================================
Pernah kena tipu nak buat bisnes borong china ? aisehman... patut baca yang ni dulu


=============================================
Dah Berjaya dengan Bisnes Emas, nak lebar sayap di bisnes produk digital pulak ?
boleh try ni

1 comments so far

Mohon pencerahan.

Buka akaun untuk ROB atau ROC di CIMB perlukan Lesen Premis Perniagaan dikeluarkan oleh PBT [Pihak Berkuasa Tempatan ; DBKL / Majlis Daerah dll].

Jika guna alamat rumah, permohonan tidak akan diproses. Ini berlaku kepada saya 2 minggu lepas. Adakah ini untuk semua CIMB. Setakat ini saya semak kebanyakkan CIMB di Lembah Klang syaratkan perkara ini.

Mohon pencerahan tuan.


EmoticonEmoticon