Friday, February 21, 2014

Terkini : 143 Syarikat Pelaburan tidak sah dalam senarai BNM

Salam Jumaat yang Mulia, semua....


Berikut adalah senarai terkini yang di listkan dalam senarai BNM sebagai : 

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM, di bawah ialah senarai syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM:

Senarai 1-30







senarai 31-65


Senarai 66-82



Senarai 83-118


Senarai 119-143




sumber asal bagi semua gambar di atas adalah : Sumber



ulasan :

143 syarikat pelaburan yang di senarai kan dalam senarai ini adalah yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Untuk pemilik syarikat yang tersenarai, anda mungkin boleh ke BNM dan review beberapa pelan perniagaan anda yang agar ia harmoni dengan syarat2 Bank Negara Malaysia. Syarikat Public Gold juga pernah tersenarai didalam list di atas, walaubagaimana pun ia telah diremove dari list di atas  selepas mengambil tindakan menggubal beberapa pelan perniagaan mereka agar sesuai dengan polisi BNM.

Untuk yang ghairah dengan skim cepat kaya xhabishabis tu.... bawa-bawalah bertaubat dan mula la merancang untuk melakukan bisnes yang lebih membawa untuk jangka masa panjang. 


 Untuk yang sangat sangat ingin mencari platform memulakan bisnes bermodal rendah, boleh belajar lagi selok belok bisnes dan mendapat keuntungan masa panjang, saya sangat mencadangkan tuan puan cari lah ainon business school di facebook tuan puan dan joinlah group tersebut dan belajar.


========================================================

UPDATE TERKINI 23 MAY 2014

150 Syarikat Pelaburan tidak sah dalam senarai BNM > SENARAI TERKINI PELABURAN TIDAK SAH BNM LINK SINI 

=============================================


Wednesday, February 5, 2014

Tips Beli Kereta Baru

salam semua.... hari ni kita kuar sikit dari topik harga emas. ingin saya kongsikan info yang saya rasa penting dalam mempengaruhi pengurusan seseorang individu dan keluarga. apa pun post ini ia masih berkait rapat dengan bagaimana anda mengawal kebocoran wang anda dari hangus begitu sahaja.

Tips yang ingin dikongsikan kali ini ialah tips membeli kereta baru atau terpakai ke atau tips membeli kereta untuk graduan yang baru bekerja ker kan... anda pilihlah tajuk yang sesuai.



atau anda boleh baca dari tulisan asal tuan alwi adam pakar pengurusan kewangan dari EzazWealth


Arakian disimpulkan, dek kerana ramai klien saya terperangkap dalam hutang kereta.

Menuntut ilmu di kolej, universiti selama 3-5 tahun. Puas sudah ikat perut, makan meggi. Terseksa jiwa raga.
Maka bila fasa bekerja, mula dapat pegang duit sendiri!


Duit beribu disangka banyak, padahal lupa waktu belajar dahulu banyak perkara tersubsidi.
Sekarang zaman kerja, zaman berdiri atas kaki sendiri. Tiada orang peduli.

Gaji disangka banyak rupanya hanya miskin bandar atau faqir di Aidilfitri..

Kesusahan tempoh belajar itu, diqadakan nikmat bila bekerja. Maka mulalah shopping kereta, ini dunia ana yang punya.

Jururawat pun boleh pakai Nissan maa, Nissan Almera.

Separuh bulan kerja mahu bayar kereta. Tambah 5 hari lagi untuk bayar minyaknya. Jangan nanti mengeluh nak bayar rumah sewa, lepas kena keluar asrama...

Alkisah perangkap kereta.

Ada kena perangkap Persona, Alza, Almera, Vios, Civic, Neo.

Yang tulis nota ini pun sama sudah terkena! Perangkap kereta Generasi Kedua! Bukan salah pembuat kereta, juga bukan silap jurujual petah bicara.

Tolak semua pada diri empunya, tak cukup ilmu dan kawal nafsu nak dunia.

Sekarang mahu kongsi tips kereta, entah kali ke berapa. Tak kisah, agar takda lagi yang kena.

Kita mampu kereta apa?

1) Kira dulu berapa mampu bayar dan baru cari kereta. Bukan cari kereta dan kira mampu ke tidak.

2) Bayaran bulan mesti tidak lebih 15% dari gaji bersih dan pinjaman maksimum 7 tahun.

3) Atau guna benchmark harga kereta tidak lebih dari gaji tahunan.

4) atau kalau boleh gunakan rules 20/5/10. Bayar 20% downpayment, pinjaman 5 tahun, bayaran bulanan kurang 10% dari gaji bulanan.

5) Buy reliable second hand car. Let the fools absorb the depreciation by buying new car.

6) If you are a business owner, rent a car can be good options.

7) Never care about impression. The one you want to impress is most likely never care about you or want to help you if you are broke.

Sorry, there is so many damage done because of car. Hence terpaksa ulang mesej yang sama.