Saturday, September 29, 2012

Berita Emas : Pelanggan Singapura buat laporan polis


entri kali ini ingin memberitahu suatu laporan polis yang dibuat di singapura terhadap sebuah syarikat emas yang menjualnya secara skim.



petikan penuh dari keratan akhbar

Pelanggan  buat laporan polis
Ramai gigit jari lepas syarikat gagal penuhi kontrak untuk beli semula emas yang dijual
Oleh
NORHAIZA HASHIM
SEKUMPULAN pelanggan yang membeli wafer dan jongkong emas daripada syarikat dagangan emas, Genneva Pte Ltd, terpaksa ‘gigit jari’ apabila syarikat itu enggan mengotakan perjanjian dalam kontrak mereka untuk membeli balik emas tersebut dan mengembalikan duit mereka.

Beberapa pelanggan – termasuk mereka yang telah melaburkan sehingga $1 juta – telah pun membuat laporan polis dan menyaman syarikat itu.

Sejak diperkenalkan di sini pada 2008, Genneva telah menarik 10,000 pelanggan di Singapura dan dianggarkan 25 hingga 30 peratus terdiri daripada pelanggan Melayu.

Kunjungan Berita Harian (BH) ke pejabat Genneva di Orchard Towers semalam menunjukkan ramai pelanggan dan ejen-ejen berkumpul untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu. Lebih 200 ejen menghadiri taklimat semalam.

Salah seorang pelanggan Genneva, Cik Marian (bukan nama sebenar), ingin menjual emasnya yang bernilai sebanyak $50,000 pada tarikh yang tertera dalam kontraknya, tetapi syarikat itu enggan menerimanya.

“Saya sudah tanya mereka sebanyak empat kali. Tapi, mereka kata syarikat tidak ada duit. Mereka kasi baucar untuk saya dapatkan duit pada tarikh yang ditetapkan dalam baucar itu. Tapi, apabila saya pergi ke pejabat Genneva pada tarikh tersebut, sekali lagi mereka tidak mengotakan janji mereka,” katanya, dengan nada yang marah.

Beliau telah membuat laporan polis bersama 10 lagi rakannya semalam.

Seorang lagi pembeli yang ditemui telah membeli jongkong emas bernilai $300,000 bersama bapanya.

“Ejen saya kata selepas tempoh tamat, saya boleh jual balik emas itu dan mendapat duit saya sebanyak $300,000. Setakat ini, saya hanya dapat $12,000. Ejen saya memberikan pelbagai alasan dan menyatakan syarikat tidak mempunyai duit untuk membayar saya,” kata beliau.

Ketika dihubungi semalam, jurucakap polis berkata: “Ia tidak wajar bagi kami membuat komen mengenai siasatan polis, jika ada.”

Genneva Pte Ltd telah diletakkan dalam Senarai Amaran Pelabur (IAL) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) kerana tidak mempunyai lesen atau dikawal oleh bank pusat itu.

“MAS amat menggalakkan pelanggan yang mendapatkan khidmat kewangan agar berurusan dengan pihak yang dikawal oleh bank pusat itu sahaja. Jika mereka memilih berurusan dengan pihak yang tidak dikawal oleh MAS, mereka melepaskan perlindungan yang diberikan di bawah undang-undang yang ditadbirkan MAS,” kata jurucakap MAS.

Dibentuk 2008, Genneva beroperasi sebagai sebuah syarikat yang membeli dan menjual emas. Apa yang menarik perhatian pelanggan menyertai skim itu ialah pelanggan mendapat diskaun sebanyak 2 peratus setiap bulan selama tiga bulan dalam kontrak yang amat popular di kalangan pelanggannya di sini.

Diskaun itu akan dibayar oleh Genneva dalam bentuk tunai.

Pada akhir 90 hari, bergantung pada skim yang disertai pelanggan, Genneva akan memberikan pilihan kepada pelanggan menjual balik emas itu kepadanya pada harga asal yang dibayar pelanggan.

Namun, apa yang pelanggan tidak sedar ialah Genneva menjual emas kepada pelanggan pada kadar premium sebanyak 20-30 peratus.

Genneva menjual emas pada harga $96,000 setiap kilo atau $96 setiap gram bagi bulan Ogos. Namun, UOB, yang menyediakan khidmat pelaburan emas, menjual emas pada harga $74,500.

Friday, September 28, 2012

Tips Penting dalam Pelaburan Emas





Siasat Terlebih Dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti di bawah: 

1. Pemberian Dividen Setiap Bulan. Tanpa Buat Kerja
2. Pemberian dalam Bentuk Hibah setiap bulan
3. Perkongsian Keuntungan mengikut % setiap Bulan
4. Bayaran Secara Ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dpt barang. (Deposti Taking)
5. Syarikat yang menawarkan pajak gadai tanpa lesen
6. Syarikat yang menawarkan kadar pertukaran matawang asing.tanpa lesen.
7. Syarikat yang menawarkan pinjaman tanpa lesen
8. Syarikat yang menawarkan khidmat sewa emas perak dan di bayar setiap bulan.
9. Koperasi yang tidak mendaftar

TIPS : SELAMAT DARI DI TIPU.
1. Beli Emas Perak dapat fizikal BUKAN kertas / online akaun
2. Emas Perak Pegang Sendiri JANGAN Kasi orang lain yang pegang.
3. Pastikan product tersebut mempunyai certificate / assayer yang di sahkan ketulenan emas perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli emas perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

RAMAI TERTANYA-TANYA adakah GSR terlibat AKTIVITI yang menyalahi Undang-Undang Bank Negara Malaysia ? 

JAWAPAN : TIDAK 
Kerana : GSR adalah syarikat yang membekalkan emas perak fizikal dengan harga murah / borong ( Seperti Kedai Emas di luar) . Sebagai contoh : Anda beli emas anda dapat emas kemudian anda simpan sendiri atau memakainya terpulang pada anda semua sebab itu hak anda.

Sekian Untuk Makluman Semua.
Sebarang Pertanyaan sila bertanya kepada Admin.

Thursday, September 27, 2012

87 syarikat pelaburan tidak sah BNM

berikut adalah list yang di update terkini pada 27 september 2012.

 as attached adalah list bagi 87 syarikat pelaburan yang tidak mendapat izin dari bank negara malaysia.





senarai di atas adalah syarikat syarikat pelaburan yang didapati beroperasi tanpa kebenaran.

sumber secara terus boleh didapati di sini terus...

public gold in the line ?? hurmm.... mungkin ia sedikit kesilapan ?

Bergaduh nak Print Duit Kertas



PERANG  NAK CETAK WANG !!


 The world’s central banks are in an all-out currency war. After the Fed announced a third round of money printing, the Bank of Japan declared to the world: “We, too, can print money.” But is this a war with no winner? And as printing presses go into overdrive, what will this mean for the dollar? We’re talking it all on Money in Motion today at 5:30p ET. (Photo: AP)





kita bekerja bagai nak rakkk, diorang ni senang-senang jek cetak duit...

takkan diorg jek boleh print duit...

kitorang pun nak print jugak !!

mane tauke tauke print ni... ? :)