Friday, October 31, 2014

Apakah Status hadis Dinar dan Dirham ini ?

salam hormat semua....

Persoalan yang ingin di terang jelaskan kepada masyarakat umum yakni, apakah status hadis popular yang melibatkan dinar dan dirham ini.

Persoalan ini telah di lontarkan oleh

Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor (Shariah Advisor of Al Rajhi, Shariah Committee Chairman in AmTakaful and currently Head of Fiqh and Usul Fiqh Department in IIUM) di facebook beliau


Berbunyi Begini :

Salam semua.
Minta tolong teman teman yang berkelapangan takhrij /jelaskan status hadis yang banyak digunakan oleh sesetengah pihak sekarang ini:
" Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Jazakumullah khairan.



mari kita lihat jawapan-jawapan di komen facebook beliau yang memberikan jawapan :





Nor Fazilah Abd Mohd Sepanjang saya mengkaji tentang emas hadis ini adalah hadis dhoif..malangnya ramai yang mengambil kesempatan mempergunakan hadis untuk kepentingan mereka sedangkan hadis yang lebih sahih diabaikan
14 hrs · Like · 12
Ayie Mahadi hadis dhoif masih boleh guna, tp xley bwk debat, btol ke ayat tuu?
14 hrs · Like
Lokmanulhakim Hussain Pertama: Hadis tersebut adalah DHAIF di sisi ulama hadis, kerana lemahnya sanadnya.
Kedua: Jika melihat kepada penafsiran ulama terhadap hadis ini, maksudnya bukannya 'ayn emas dan perak yang bermanfaat kepada manusia, tetapi al-kasbu iaitu mencari rezeki (Mirqaat al-Mafaatiih).
Ketiga: Jangan dilupa juga ada hadis yang menyatakan:تعس عبد الدينار والدرهم"Celaka/binasa orang yang memperhambakan diri kepada dinar dan dirham".
Keempat: Juga jangan dilupa perkataan seorang sahabat, Abu Musa al-Asyari:إِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ هَذَا الدِّينَارُ وَالدِّرْهَمُ وَهُمَا مُهْلِكَاكُمْ"Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah dinar dan dirham, maka kedua-duanya juga yang akan membinasakan kamu".14 hrs · Unlike · 52
Azman Mohd Noor Alhamdulillah. Jazakumullah khairan kpd masyayikh semua. Amat sedih ada yg sibuk manipulasi berhujjah dengan hadis dhaif, mentakwilkan dan mengenepikan hadis2 yg sahih melarang jual beli emas bertangguh dan larang riba.

Azman Mohd Noor lagi mengelirukan apabila ada penyelewangan dalam terjemahan.uslub khabari bertukar menjadi insya'i. Kalau tengok teks Arab, .."kecuali dinar dan dirham". Diterjemahkan; "Maka simpanlah dinar dan dirham.." Uslub al-amr/arahan. Seolah olah Rasululullah menyuruh. Suruhan dalam qaedah Usul al Fiqh membawa hukum wajib. "al-amr yaqtadi al wujub".
13 hrs · Like · 16
Azmir Ahmad Seronok melihat golongan agamawan yg berilmu d malaysia saling lengkap melengkapi...pakar fiqh dan hadis
13 hrs · Like · 16

Jawapan Hadis Dinar dan Dirham

Jawapan Hadis Dinar dan Dirham



Mudah Mudahan bacaan di atas menambahkan lagi pemahaman anda bagaimana untuk kita memahami hadis mengenai dinar dan dirham di atas.


EmoticonEmoticon