Saturday, November 18, 2017

10 Tips sebelum beli rumah

10 TIPS SEBELUM BELI RUMAH
****************************

10 Tips Sebelum beli Rumah
10 Tips Sebelum beli Rumah



1. Sebaiknya beli rumah di lokasi yang strategik, beli rumah juga perlu buat kira-kira bukan sekadar fikir logik.

2. Nak beli rumah perlukan juga deposit, pastikan ada simpanan dan akaun bank kita tidak defisit.

3. Sebelum 'booking' pastikan dulu kelayakan pinjaman, barulah tahu kita mampu atau tidak beli rumah ada kolam renang, 'mini garden' ataupun taman.

4. Fahami juga prosedur dan kos membeli rumah, beli rumah tak sama dengan membeli khemah.

5. Bank nak bagi pinjaman tak tengok bulu mata kita yang lentik, yang penting rekod kewangan dan CCRIS kita mesti cantik.

6. Carilah rumah yang 'market value' lebih rendah dari pasaran, itu juga antara ciri-ciri rumah sesuai untuk pelaburan.

7. Kenal pasti dahulu tujuan beli rumah, untuk duduk atau pelaburan, Jika ingin untuk pelaburan, barangkali kaedah 'subsale' dan lelong turut disaran.

8. Fikirkan juga bayaran bulanan di bank dan kadar sewa, barulah rumah dibeli sebagai pelaburan berbaloi disewa.

9. Hati-hati rumah yang banyak tawaran 'cash back' dan promosi, boleh jadi ia tak laku, 'propa' atau hanyalah sensasi.

10. Tambah ilmu dulu sebelum membeli rumah yang dihajati, jangan sampai rumah dibeli jadi bebanan dan liabiliti.

kredit to Izwan Latiff



EmoticonEmoticon