Monday, September 22, 2014

Skill Asas II Tambah Emas untuk Diri Sendiri

salam semua, hari ini admin nak share mengenai skill tambah emas untuk simpanan diri sendiri dan keluarga.



Setelah anda semua biasa dengan Arrahnu dan mahir membuat kiraan Upah Simpan dan sebagainya...

Kita boleh masuk Bab MULTIPLY.

A B C D E F G H I J K L

Katakan anda ada 12 bentuk cincin setiap satu berat Rm 2 gm. Anda beli Rm 140/gm Maka kos anda ialah Rm 280 x 12 = Rm 3,360

Katakan anda nak menambah Modal...Maka Pajakan A B C D. dan E F G H.

Andaian Marhun Rm 135 : Maka anda dapat Rm 135 x 16 gm x 0.7 = Rm 1,512

Minta Arrahnu buat 2 surat dan lebih baik 4 surat. Ada sebabnya. Ia untuk memudahkan penebusan keluar.

Persedian. Ambil Gambar serta Saiz Cincin tersebut. Jika Rantai Atau Gelang ambil Panjang , Diameter serta Lebar.

Dapat Rm 1,512 anda beli lagi cincin..katakan Rm 140/gm maka Rm 1,512/140 = 10.8 gm atau 5 bentuk Cincin. Lebihan simpan buat makan Roti Canai dan Kopi Jantan.

Maka anda sudah ada Cincin M N O P Q.

Anda Pajakan Cincin M N O P Q untuk mendapat Rm 135 x 10 gm x 0.7 = Rm 945

Beli lagi Rm 945/140 = 6.75 gm atau 3 bentuk CIncin.

So anda sudah ada R S T
Pajak : Anda dapat Rm 135 x 6 x 0.7 = Rm 567
Beli lagi Rm 567/140 = 4.05 gm atau 2 bentuk Cincin

Anda ada Cincin U V

Pajak Cincin U V untuk mendapat Rm 135 x 4 gm x 0.7 = Rm 378
Beli lagi Rm 378/140 = 2.7 gm atau 1 bentuk Cincin

Anda ada Cincin W
Pajak Cincin W untuk mendapat Rm 135 x 2 gm x 0.7 = Rm 189

Anda boleh perhatikan bahawa Cincin cincin anda bertambah banyak..iaitu 23 bentuk semuanya. anda ada 19 bentuk CIncin di dalam Arrahnu dan 4 bentuk cincin di tangan.

Ini adalah kaedah MULTIPLY paling selamat.

Jangan sesekali Join SKIM 30 : 70 atau 35 : 65 Itu semua akan membunuh anda dan Arrahnu. Berapa ramai orang tersontot dan Arrahnu tidak dapat beroperasi lagi akibat SKIM 30 : 70.

Jangan sesekali menghabiskan semua stok di tangan. DONT DO THAT !

Apa yang DEN tunjukan ini hanya simulasi sahaja..Bermaksud anda bahagikan STOK EMAS anda kepada 3 BAHAGIAN...Pajak dan Multiply sampai habis hanya 2 bahagian sahaja.

Untuk MULTIPLY kaedah ini ambil Max Marhun dan Max Peratus pinjaman.
Insyaallah anda tidak akan TERSONTOT KELAYUAN di tepi ICE BOX.



admin: untuk pengetahuan anda ilmu yang di share ini mendapat 2872 like, 681 shares dan 705 komen.


kredit to tok belagak.


semoga anda mendapat manfaat dari post ini untuk menambah emas simpanan sendiri.

No comments:

Post a Comment