Friday, October 17, 2014

Apa itu Emas ETA

Emas ETA ( Estimated Time Arrival ) ni adalah antara yang paling trending kini di dunia emas malaysia.



Emas ETA tu adalah singkatan kepada Emas Estimated Time Arrival. dalam bahasa melayu nya adalah emas yang di jangka tiba kepada penjual sebelum di hantar kepada pembeli.

antara yang di tawarkan adalah

ETA 3 hari
ETA 7 hari
ETA 14 hari
ETA 21 hari
ETA 30 hari

Emas yang di gunakan untuk ETA ini biasanya adalah Gold Bar / jongkong emas. Jadi semakin lambat antara terima gold bar itu, maka harganya semakin murah.

contoh bagi tempahan emas eta

Anda perlu bayar dulu dalam tempoh tertentu sebelum dapat barangnya. contohnya, harga emas jongkong emas semasa adalah katakan RM13,000, ali  memilih untuk membeli 100g emas ETA07, jadi harganya untuk ETA 07 hari adalah rm10,000, ali perlu bayar dulu, dan selepas 7 hari baru dapat emasnya, dan begitulah seterusnya untuk ETA 14 hari, ETA 21 hari,  ETA30 atau ETA 6 bulan, setahun dan sebagainya. lagi lama, emas itu akan jadi lagi murah.
jadi selepas tamat tempoh ETA itu anda boleh menjual pada harga semasa yang mana biasanya lebih tinggi dari harga emas eta itu. jadi anda boleh buat untung dari situ.

macammana boleh jadi lagi murah ?? haaa... itu saya tinggalkan kepada anda untuk mengkajinya.

dalam bajet 2015 yang di umumkan oleh perdana menteri malaysia ada mengumumkan bonus setengah bulan gaji, mungkin ramai akan mengambil peluang itu untuk membeli emas eta ni.

jadi, saya sarankan sekiranya anda bercadang melaburkan keseluruhan duit gaji bonus anda membeli emas eta ini. anda pertimbangkan sedikit isu shariah ini, mudah mudahan ia membantu kepada keberkatan hasilnya.


Isu shariah emas ETA

Untuk Jual Beli Emas bertangguh / ETA berbentuk Goldbar / Dinar / Syiling ada sedikit isu shariah. sebab mengikut beberapa hadith2 sahih akad jual belinya tidak boleh tangguh.

Penyelesaiannya shariah bagaimana ?

1. Aqad jual beli emas boleh tangguh / ETA untuk semua jenis barang kemas.

2. Untuk Goldbar / Dinar / Syiling pula perlukan begini..


Maknanya kalau pembeli place order di kilang, boleh bayar booking fee dahulu, kemudian setelah siap 30 hari. pembeli boleh bayar baki kemudian akad jual beli masa penerimaan emas jongkong tersebut.

Jika Pembeli cancel order. Booking fee dipulangkan balik oleh pengilang.

Tapi kalau kilang tetapkan jika cancel order booking fee burned maknanya tidak shariah compliance.



wallahualam. jika anda ada pandangan, boleh kemukakan di bahagian komen.





1 comment: