Wednesday, November 12, 2014

Lari Topik : Tips Mudah SEO untuk Blog..

Salam hormat... post kali ni tekeluar sikit dari harga emas. memandangkan orang tanya saya juga, macamana nk seo kan blog supaya rank dan traffik tinggi.

hahhh... ini jer tips simple untuk yang ingin memulakan blogging samada tentang emas malaysia atau apa2 juga topik.


Mencari SEO Mudah untuk blogspot? SEO (Search Engine Optimization) - Optimasi untuk enjin carian; membolehkan entri-entri dalam blog anda berada di dalam enjin carian. Sebenarnya, sebagai seorang blogger yang mahu apa yang dikongsi tersebar luas; perlu sekali menggunakan pendekatan SEO ini dalam membuat dan menulis entri.
SEO Mudah Buat Blogger Blogspot




Ada beberapa cara mudah untuk anda sebagai seorang blogger blogspot menggunakan cirian SEO ini. Paling mudah ialah dengan mendapatkan template blogspot yang telah tersedia ciri-ciri ini. Anda hanya perlu tweak sedikit atau melakukan ubahsuaian kecil bagi memantapkan lagi blog dengan SEO.


Cari Template SEO

Bagaimana nak cari template blogspot sebegini? Cara saya ialah dengan Google perkataan ini - Free Blogspot Template SEO atau Template blogspot SEO. In Sha Allah, anda akan jumpa beberapa template yang bersesuai yang sudah lengkap dengan ciri SEO ini.

Tulis Entri SEO

Keduanya ialah menulis entri yang ada ciri-ciri SEO. SEO ini berkaitan dengan kata kunci atau keywords. Kata kunci ini selalunya adalah perkataan atau ayat yang sering disebut atau ditulis dalam blog; dan untuk lebih baik mesti ada kaitan dengan URL blog atau tajuk blog anda.

Contohnya, saya menulis mengenai panduan dan tips blogging. Jadi dalam setiap entri di awal perenggan pertama akan saya selitkan perkataan tersebut, atau mungkin URL berkaitan dengan panduan dan tips blogging. Dalam entri tersebut, saya ulang perkataan yang sama, samada dalam tajuk kecil (h2/h3 tag). Namun, pengulangan perkataan yang sama kadangkala boleh membuatkan entri anda diangap sebagai Spam Keywords, jadi untuk elak, variasikan kata kunci tersebut.

Contoh nak variasikan kata kunci adalah dengan memperbanyakkan kata imbuhan atau kata terbitan daripada kata kunci tadi. Atau boleh mencari perkataan sama makna dengan kata kunci tersebut. Contoh, saya tulis entri dengan tajuk - Tips Meningkatkan Pageviews Blog .... kata kunci saya ialah tingkatkan pageviews ... boleh divariasikan menjadi petua naikkan trafik, panduan pageviews meningkat dan seumpamanya.

Ini adalah dua cara mudah yang saya fikir ramai blogger blogspot Malaysia boleh lakukan. Ada banyak lagi panduan dan tips SEO blogspot; anda boleh godek sendiri dalam blog ini.

Saya harap informasi serta tips ini dapat bantu lebih ramai blogger terapkan ciri-ciri SEO dan membolehkan entri masuk dalam enjin carian dan berikan manfaat buat semua.


tips simple dan penting ini saya ambil dari orang sebelah. Tips mudah SEO untuk blogging Hasrol Hassan..

No comments:

Post a Comment