Saturday, April 11, 2015

emas ini xkena gst

Antara topik hangat semasa adalah Goods Service Tax (GST) atau Cukai Service yg akan bermula pada April 2014.Barangan.Kelebihan dan kekurangannya masing-masing dibahaskan oleh parti politik berlainan aliran.
Tetapi, kesan mudahnya adalah : Setiap barangan atau perkhidmatan  akan dikenakan secara terus kepada pengguna. (1) Peniaga / Pemborong dikenakan cukai (2) Cukai 1 dipindahkan ke Pengguna (samaada secara langsung atau tidak)
.
Emas juga tidak terkecuali dikenakan GST., Tetapi, terdapat exemption/pengecualian ke atas emas wafer,jongkong,bar atau syling coin (selalunya dinar emas) yang bercirikan dibawah iaitu
" Mana - mana pembekalan logam berharga utk tujuan pelaburan , sekurang-kurangnya   AU995(99.5) ke atas"
" Mempunyai ciri -ciri pelaburan "
" Mempunyai standard kualiti antarabangsa  "
Kesimpulan dari Kategori Jenis emas ini adalah
Semua barang kemas tidak kira ketulenan 999 akan dikenakan GST 6%
Semua jenis emas jongkong,bar ,syiling atau dinar tidak dikenakan GST sekiranya cara   penjualannya adalah " Berseal/ berbungkus"  (tidak boleh dibuka) yang mempunyai Cop pengesahan antarabangsa seperti London Bullion MarkeT (LBMA)
Mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya kualiti 995 ke atas 

No comments:

Post a Comment