Friday, August 14, 2015

Beza Cincin Emas Berbatu dengan Cincin Emas 916 kosong

Salam hormat semua.... lama dah tak buat posting.... hari ni nak buat satu posting mengenai perbezaan cincin emas berbatu dan cincin emas 916 kosong


PERBEZAAN CINCIN EMAS BERBATU EXCLUSIVE DENGAN CINCIN EMAS 916 
=====================================================
Pertama Tuan-Puan kena tahu bahawa cincin batu exclusive dibuat khas untuk kecantikan dan daya penarikan. Bermaksud harganya bergantung kepada kecantikan design tersebut bukan mengikut berat timbangan atau harga semasa emas 916.

Manakala emas 916 mengikut harga timbangan emas semasa dan kos upah yg tertakluk kepada kos pertukangan pembuatan produk tersebut.

Untuk Produk Exclusive kebanyakkan emas yang digunakan adalah :
850 - Bermaksud 85% adalah emas Tulen
750 - Bermaksud 75% adalah Emas Tulen
585 - Bermaksud 58.5% adalah Emas Tulen

Manakala selebihnya adalah campuran logam-logam yang lain. Kerana untuk mengikat batu perlu emas yang lebih keras.

Emas Suasa itu apa pula ???

Suasa merupakan istilah yang hanya wujud di Malaysia yang digambarkan emas dengan campuran perak dan tembaga. Suasa sebenarnya merupakan emas 9 karat (37.5% emas). Adakalanya, pembuat suasa . So kalau org jual barang suasa memang murah sangat lah.


cincin emas ekslusif
Gambarajah adalah Cincin Emas Ber batu Ekslusif

No comments:

Post a Comment