Thursday, April 28, 2016

7 Cara Mencari hartanah yang bernilai - Tok Yarn

7 cara untuk Cari Hartanah yang bernilai.. 



Terdapat banyak kaedah yang boleh Kita buat dalam menilai hartanah yang bakal Kita beli. Kita boleh membuat analisa secara spesifik dan juga cara umum. Hari ini saya akan kongsikan secara umum bagaimana Bangsa Cina dapat membuat penilaian yang tepat ketika mereka hendak melabur dalam sesebuah kawasan perumahan atau pun hartanah yang baru mahupun bukan.

Antara kriteria yang membuatkan hartanah tersebut menjadi sangat bernilai adalah.

1: Kemudahan Pusat Beli Belah seperti Jusco, Tesco

Rumah yang bakal anda beli mempunyai kemudahan pusat beli belah yang berhampiran. Bukan sahaja rumah anda akan bernilai tinggi, malah harga sewa juga tinggi kerana rumah yang terletak berdekatan pusat membeli belah seperti Jusco, Tesco dan lain lain co, memudahkan penyewa anda membeli barang keperluan dengan senang-lenang.

2: Berhampiran dengan lebuh raya atau Jalan Utama.

Ramai antara kita mengambil mudah faktor lebuh raya ini. Untuk pengetahuan, rumah yang berhampiran dengan lebuh raya lebih disukai pembeli dan juga penyewa kerana lebih senang untuk mereka yang bekerja dengan mengunakan lebuh raya. Sekarang ini terdapat banyak lebuh raya di Lembah Klang dan juga lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

3: Institusi pengajian atau pusat latihan

Memang apabila kita sebut kolej atau universiti, ianya sangat berkait rapat dengan penyewa rumah dan rumah sewa yang tidak mencukupi. Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar dan sebab itulah ada kebanyakan pelabur memanggil musim panas dan musim sejuk pelaburan hartanah.

Anda boleh membayangkan bagaimana permintaan yang tinggi apabila musim kemasukan pelajar-pelajar dan sebab itulah ada kebanyakan pelabur memanggil musim panas dan musim sejuk pelaburan hartanah.

4: Radius 30 km dari Pusat Bandar.

Teknik ini boleh di pakai jika anda mahu mencari rumah pelaburan sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur. Radius 30-40 km merupakan radius yang baik untuk pelabur hartanah kerana jarak yang tidak terlalu jauh sangat untuk penyewa atau pembeli mengunakan pengangkutan kereta mahupun motorsikal. Ini kerana pengangkutan awam di Malaysia belum mencapai tahap memuaskan dan menyeluruh ke lokasi-lokasi pinggir bandar besar.

5: Berhampiran sekolah, masjid/surau dan taman permainan.

Rata-rata pembeli rumah berbangsa Melayu, mereka lebih gemar untuk membeli atau menyewakan rumah yang berhampiran dengan sekolah dan juga masjid/surau. Ini kerana mereka lebih gemar persekitaran yang memudahkan anak-anak mereka berjalan kaki ke sekolah. Bagi anda yang gemar untuk menyewakan rumah anda, carilah peluang peluang rumah yang menawarkan lokasi rumah berdekatan dengan sekolah, masjid dan surau.

6: Pengangkutan awam iaitu LRT/MRT.

Memang tidak dapat disangkal lagi, hartanah yang berhampiran dengan laluan LRT ataupun laluan cadangan MRT bakal memberikan anda nilai hartanah yang tinggi jika anda memilikinya sekarang.
Setiap kali saya berkongsi pandangan tentang hartanah yang berdekatan dengan LRT/MRT ialah anda akan lihat hasilnya bukannya 100% kenaikan atau keuntungan, ianya lebih daripada itu. Jika anda mempunyai masa terluang cuba bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada ketika tahun sebelum dan sekarang tahun 2016.

contoh 1 :-

Flat Langkawi Apartment Gombak di belakang LRT Taman Melati.
Seingat aku...
Harga jualan dulu sekitar 25ribu
1995 Aku beli dengan harga 42ribu.
Terkini nilainya dah menjadi 250ribu.

Contoh 2 :-

Show Unit Bangalow di seksyen 5 Kota Damansara.
Pada tahun 2010, Price dia Baru 1.5m
Pada masa Aku nak beli harganya dah naik 1.8m tapi agent beritahu owner tak nak jual..
Dua bulan selepas kerajaan buat pengumuman mengenai LRT..
Agent call aku dengan harga baru iaitu 2.8m.
Aku marah, lalu buat keputusan beli Bangalow di Bukit Mas, Taman Melawati dengan harga 900k.
Terkini harga Bangalow di Kota Damansara bernilai 4.5m manakala Bangalow ku di Bukit Mas sekitar 1.2m
Ermm keputusan Vanggang

7: Harga di bawah pasaran

Sudah tentu anda akan dapat keuntungan jika anda beli di bawah pasaran. Si mangkuk Donald Trump selalu sebut, hartanah anda mendapat keuntungan ialah ketika anda membuat transaksi pembelian pada suatu ketika. Jadi cari hartanah di bawah harga pasaran.
Apa2 pun sebelum beli rumah, kita mesti kira berapa peratus keuntungan, ROI (Return of investment).

Perkiraan peratusan keuntungan , ROI:-

A. Hasil sewa kasar setahun
1. Cth: harga beli Rumah RM 240,000.00, dan sewakan Rumah tersebut dengan sewa RM1500 sebulan,
dan perbelanjaan selengara Rumah dalam RM3000 setahun.

2. Hasil sewa kasar : RM1500 x 12 / RM 240,000 x 100 = 7.5 % setahun

B. Hasil sewa bersih setahun,

1. (Hasil sewa tahunan – Perbelanjaan Rumah ) / Harga Rumah X 100 = Pe
2. (RM 1500 x 12 ) – RM 3000 / RM 240,000 x 100 = 5% setahun.
C. Hasil sewa bersih ( bila kita pinjam other people money maksudnya bank) .

Pasti ramai nak tahu bila kita pakai duit bank. Untung ke tak untung dengan harga Rumah RM 240,000.

1. Pinjaman pada bank ialah RM200,000. Faedah setahun yang dikenakan sekitar 4.2% setelah tolak BFR 2.2% daripada pinjaman ialah RM 8400.

2. Modal permulaan ialah (RM240,000 – RM200,000) = RM 40,000

3. Keuntungan : (RM 1500 x 12 – RM 3000 – RM 8400) / RM 40,000 x 100 = 16.5%


sumber tok yarn

No comments:

Post a Comment