Monday, March 13, 2017

Ramai anak muda bankrup sebab kereta ? betul ke ? Jom baca perkongsian ini...


Ramai anak muda bankrup sebab kereta ? betul ke ? Jom baca perkongsian ini...



Bankrup sebab kereta 



Kereta, bangkrap dan ride sharing

Jika anda mengikuti (follow) orang-orang yang sentiasa memberikan nasihat mengenai pengurusan kewangan di media social, pasti anda pernah membaca nasihat-nasihat yang berbunyi “Anak muda jangan beli kereta lagi bila baru dapat kerja” dan bunyi-bunyi yang membawa maksud yang sama waktu dengannya.

Persoalannya, relevankah nasihat seperti itu? Engkau siapa nak nasihat aku.

Jawapannya, ya, nasihat itu relevan.

Tahukah anda, lebih dari 25% orang yang difailkan bangkrup di Malaysia berpunca dari satu objek bernama KERETA. Ya, mereka diistiharkan bangkrup kerana gagal menjelaskan ansuran bulanan kereta. Bukan benda gurau ini. Statistik rasminya 28,374 kes atau mewakili 27.94% (dari tahun 2011 – 2015) bangkrup difailkan adalah kerana kereta. Yang menarik lagi, dari jumlah keseluruhannya, 22.52% adalah berumur 25-34 tahun(1).

“Dah tu, tak boleh nak pakai kereta langsung ka?”

Boleh, tiada masalah pun hendak memiliki sebuah kereta. Namun, hakikat dan realiti yang berlaku, gaji graduan dianggarkan purata sekitar RM2,500, mengikut perkiraan, kita hanya mampu membeli viva atau axia sahaja. Namun, reality tidak begitu. Yang ‘diangkat’ adalah City dan Vios. Jika anda membayar ansuran bulanan lebih dari 15% gaji anda, maka anda sebenarnya sudahpun membuat ‘dosa kewangan’. Antara formula yang di pakai oleh #TheSophisticatedInvestor adalah 20/5/10 yakni 20% pendahuluan, 5 tahun penjiman dan bawah 10% gaji anda(2). Anda juga boleh membuat kiraan sendiri, sebenarnya bila anda membayar 20% wang pendahuluan, anda membayar kurang kadar keuntungan bank berbanding dengan skim 0% pendahuluan dan 10% pendahuluan.




Kebanyakan orang, hanya memikirkan soal bayaran bulanan sahaja, kadang-kadang ‘terlupa’ untuk mengambil kira soal perlindungan kenderaan, lesen kenderaan bermotor (lebih dikenali roadtax), penyelenggaraan, minyak, tol dan parkir semasa membuat keputusan untuk membeli kenderaan. Lepas ‘loan’ bank dianggap sudah mampu memiliki kenderaan.

“Masalahnya, kami guna kereta nak pergi kerja.”
Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Alan Tong (3) dimana beliau berkongsi mengenai kos yang dapat dikurangkan bilamana kita menggunakan Ride Sharing (Grab, Uber) dan pengangkutan awam yang lain. Membuat pengiraan dimana jika kita membelanjakan RM1500 untuk kos berkaitan kenderaan, dengan menggunakan kaedah ride sharing dan pengangkutan awam, anda boleh jimat separuh. Wow kan!

Dalam masa yang sama, saya juga tidaklah menutup mata mengenai harga kereta di Malaysia. Sebab itu, saya antara orang yang tiada ada masalah langsung bilamana dihebohkan “Najib hendak jual proton ke China”. Tidaklah sampai bersorak gembira. Ini adalah kerana, anda perlu mengetahui bahawa Malaysia mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada kereta nasional dengan menaikan cukai dan harga kereta import. Sebab itu, saya menyokong langkah liberalisasi industry automotif negara. Pun begitu, punca utama masih ke pengguna bilamana terlalu mengidamkan kereta yang melebihi kemampuan dan juga pengurusan kewangan peribadi yang tidak teratur.

Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Jika tersilap, ada caranya untuk menyelesaikan. Beban itu realitinya dirasa, namun bilamana EGO mengusai diri dan tidak mahu mengaku salah, siapa pun tidak boleh membantu.


Sumber asal


Gambar di bawah adalah sekadar rujukan tambahan untuk para pembaca. Ramai dari kakitangan kerajaan yang terjerat dengan skim tanpa deposit membeli kereta idaman mereka, lalu akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran bulanan mereka.



No comments:

Post a Comment