1. Jika anda masih bujang, saya sangat galakkan anda simpan 50% daripada gaji bulanan. Saya ambil contoh graduan baru dengan gaji RM2,000 yang baru nak mulakan hidup. Simpan RM2,000 x 50% = RM1,000 sebulan.
Tips beli rumah walaupun gaji rendah |
A) RM200: Mak Ayah
B) RM300: Makanan
C) RM200: Sewa bilik kongsi
D) RM200: Keperluan diri
E) RM60: Takaful
F) RM40: Minyak motor
2. Simpan selama 24 bulan, kau akan ada RM24,000. Cari rumah harga RM110K. Bayar bulanan RM500. Yang harga RM150K pun boleh.
3. kalau boleh rumah tu ada 3 bilik. Kau duduklah bilik yang paling kecil sekali tu. Yang bilik lain tu kau sewakan. Kalau satu bilik RM300, Total dapat dalam RM600. Buatlah fully furnished, cantik-cantik. Tak rugi pun sebab kau nak duduk rumah tu juga.
4. Duduk FREE! Babe ! Item C tadi tu dah boleh tukar tujuannya. Daripada sewa bilik kongsi, tukarlah kepada simpanan kecemasan RM200 setiap bulan. Setahun, kau dapatlah RM2,400. ( kalau kau boleh tahan nafsu sket )
5. Bila semua dah stabil balik, kau mulakan semula simpanan RM1,000. Duit rumah penyewa bayarkan. Lega. Selepas 2 tahun, gaji kau dah jadi RM3,000, naik pangkat, lompat company dan increment tahunan.
6. Masa tu kau dah ada simpanan tunai lebih kurang RM24,000. Bolehla kalau kau nak jadikan modal untuk beli rumah kedua yang harga RM200,000. Wow! Baru 4 tahun kerja kau dah ada dua rumah. Ok la kan. ( 4 tahun pertama ni la ko tahan nafsu sket )
7. Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli rumah tu memang silaplah. Boleh kalau betul betul nak. Tapi sanggup je la nak tahan nafsu tu. Mula kerja umur 23 tahun. Pada umur 27 tahun dah ada 2 buah hartanah. ok la kan.
8. Yang paling best, kau dah ada 2 rumah pelaburan, duduk FREE penyewa bayarkan, kau masih makan gaji dan menunggang motor kapcai yang sama sejak kat universiti. Penyewa kau pula yang pakai Myvi all new yang baru keluar tu. hehe
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. Beli Emas
ReplyDelete