Wednesday, September 19, 2018

7 Persoalan Mengenai Cukai Petak Hak Milik Strata

Soalan Lazim Mengenai Cukai Petak Bahagian Hakmilik Strata


Soalan Lazim Mengenai Cukai Petak Bahagian Hakmilik Strata
Soalan Lazim Mengenai Cukai Petak Bahagian Hakmilik Strata



CUKAI PETAK

1. Soalan: Apa itu Cukai Petak pada Hak Milik Strata?
  Jawapan: Cukai Petak ialah cukai yang dikenakan keatas hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah.
                                                                                                                                               
2. Soalan: Siapa boleh ambil Bil Cukai Petak?
  Jawapan: JMB/ Individu boleh mendapatkan Cukai Petak di Bahagian Hakmilik Strata dan Bahagian Hasil PTGS serta Pejabat Tanah Daerah. Perlu bawa maklumat hakmilik strata yang lengkap.
 
3. Soalan: Siapa yang keluarkan Bil Cukai Petak?
  Jawapan: Dikeluarkan oleh PTGS bagi hakmilik GRN/PN & PTD bagi hakmilik GM/PM.
 
4. Soalan: Siapa perlu bayar bil berkenaan?
  Jawapan: Bagi skim strata yang masih belum dikeluarkan hakmilik strata, masih tertakluk kepada Cukai Tanah (Master Title) yang dikutip oleh JMB. Manakala skim strata yang telah dikeluarkan hakmilik strata, Cukai Petak dibayar oleh setiap pemilik petak / JMB (Sila rujuk dengan JMB untuk maklumat lanjut).
 
5. Soalan: Dimanakah bayaran Cukai Petak boleh dibuat?
  Jawapan: Bayaran boleh dibuat di kaunter hasil PTGS & PTD seluruh Negeri Selangor.
 
6. Soalan: Cukai Tanah 2018 telah dibayar, adakah masih perlu bayar Cukai Petak 2018?
  Jawapan: Ya, Wajib bayar Cukai Petak 2018. Cukai Tanah 2018 yang telah dibayar akan dibuat pelarasan pada tahun 2019.
 
7. Soalan: Bagaimana untuk Urusniaga 2018 (Pindahmilik)?
  Jawapan: Rujuk kepada Arahan PTGS Bil.1/2018 : Pendaftaran Urusniaga Ke Atas Hakmilik Untuk Skim Pembangunan Berstrata Bagi Tempoh Peralihan Sebelum Pelaksanaan Cukai Petak Hakmilik Strata. Perlu bayar Cukai Petak semasa sebelum sebarang urusniaga dijalankan. Sekiranya terdapat tunggakan Cukai Tanah pada tahun 2017, ia akan dimasukkan ke dalam Cukai Petak semasa.


sumber

1 comment: