Tuesday, August 2, 2016

Rumah Pertama untuk duduk atau pelaburan ? baca ni...

Orang kata bila dah kerja ni, beli rumah pertama tu untuk kita duduk dahulu, selepas tu baru kita beli rumah untuk pelaburan. betul ke ? ramai juga anak muda yang keliru.... anda boleh baca perkongsian dari orang yang berpengalaman ni. ambil manfaat, buang yang mudhorat.




Aku bukan Jutawan Internet yang menjanji Bulan Bintang Matahari...
My writing is free...
My ilmu pun free...
Ini Jihad ku...

Aku nak Melayu jadi Jutawan dengan cara buka minda dan belajar cara Cina main Hartanah...
Kebelakangan ini ramai yang mengeluh kerana harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal.
Namun dalam masa yang sama ramai juga yang dah semakin sedar dengan kepentingan rumah untuk pelaburan dan tempat tinggal.

Untuk Melayu lebih berjaya, kita kena belajar dari Bangsa Cina. Mereka lebih ke depan berbanding kita secara realitinya walau pun kita di bawah naungan Ketuanan Melayu..
Mungkin ada yang cakap aku menulis mungkin kerana pasal aku keluar paper..

Ya mungkin, Tapi sebenarnya pasal aku dengar Melayu banyak mengomel itu ini..
Percayalah, Bangsa Cina dan India dalam senyap2 akan merebut peluang yang ditawarkan Kerajaan .... Percayalah..!!!

Berikut adalah beberapa fakta yang cuba aku kongsikan bersama.
(Mohon maaf sekiranya aku jadikan diri aku sebagai Contoh Tapi bukan Niat bermegah-megahan... Hanya sebagai fakta..)

# Harga rumah semakin meningkat

Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan2 yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak.
Jika kita tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah naik 10% dari harga hari ini.
Jika kita beli hari ini, kita sebenarnya telah mendapat capital appreciation dari kenaikan itu.
Sebagai contoh, saya beli satu unit condo di M3 Mall Gombak Setia dgn harga RM220k 2012, tahun depan dijangka siap. Dari semakan saya secara umum, Harga baru akan menjadi RM450k.
Inilah yang dinamakan capital appreciation.

# Rumah sebagai Asset

Ramai orang Melayu tersalah sangka mengenai rumah.
Mereka beranggapan bahawa rumah hanya perlu dibeli untuk tinggal.
Dan ada golongan yang sedar rumah untuk tinggal adalah liabiliti kerana tiap-tiap bulan kita terpaksa membayar kos installment bulanan.
Rumah akan menjadi Asset apabila rumah itu menjana lebihan tunai ataupun positive cashflow yang masuk ke dalam poket kita setiap bulan. Sebagai contoh, kita beli rumah lelong bernilai RM60k, bayaran bulanan hanya sekitar RM300. Kita sewakan kepada penyewa RM800.
Jadi setiap bulan anda telah menjana RM500 lebihan tunai.

# Long Term investment

Jika kita ada 3 buah rumah pada hari ini, katalah kita ditakdirkan dibuang kerja atau keadaan kewangan tidak stabil, kita boleh menggunakan rumah tadi sebagai modal untuk memulihkan masalah kewangan kita dengan cara refinance atau jualkan sahaja rumah tadi.
Sebagai contoh, saya re-finance rumah saya di Melawati.( yang sedang dalam Renovation).
Saya beli dgn harga 700k, Pinjaman 500k. Valuation terkini adalah 1.8m
Dengan valuation terkini, saya boleh re-mortgage Rumah Melawati at 1.8m dan bayar my 1st loan yang berjumlah 500k.
Saya akan mendapat lebihan cash sekitar 1m yang boleh digunakan untuk memulihkan kewangan dan memulakan pelaburan hartanah lain.

# Rumah pertama seharusnya untuk pelaburan

Kenapa saya sarankan begitu?
Sebab bangsa Cina buat dan Berjaya....
Bangsa Cina sangguh bersusah2 dulu bersenang2 kemudian.
Bangsa Cina depa sanggup tinggal bersama keluarga sementara membeli hartanah utk Pelaburan.
Sebagai contoh Melayu..
kita beli rumah untuk tinggal, kita perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih kita berkurangan.
Jika kita beli rumah pertama untuk pelaburan, kita mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang kita tinggal kemudian.

# Jangan Lupa Tenancy Agreement.

Melayu mmg lemah bab Ini. Melayu mudah percaya terutama bila bagi sewa dkt saudara mara.
Tenancy agreement penting begitu juga stamping. Ianya perlu dibawa ke Income Tax supaya punca pendapatan ini campur tolak agar Bank melihat kekuatan kita.

# Harta yang boleh diwarisi

Rumah adalah salah harta yang boleh diwarisi oleh isteri dan keluarga bila kita sudah tiada.
Setiap pembeli rumah wajib membayar insurans atau takaful untuk bayaran hutang rumah itu. Bank akan menyuruh kita memilih sama ada MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT untuk cover bayaran hutang rumah jika anda meninggal dunia.
Jadi jika kita meninggal dunia, insurans atau takaful tadi akan menyelesaikan semua hutang rumah itu pada bank.
Jadi waris kita akan dapat rumah tersebut secara percuma kerana rumah tadi telahpun dibayar penuh menggunakan wang insurans/takaful. Itulah harta yang kita boleh berikan kepada waris anda.

# Pengalaman Aku dengan Penduduk Kg Kerinchi & Kg Sungai Baru.

Pengurusan harta adalah sangat penting. Berani dan cepat dalam buat keputusan adalah wajib. Bayangkan 456 Pemilik Kerinchi bakal menjadi Half Millioare kerana mereka berani buat keputusan untuk membeli rumah Flat 4 Tingkat PKNS yang dijual dgn harga 7k-15k pada tahun 1970an. ( 7k-15k pada zaman 70an sama Nilai 70k-150k sekarang).
Bak kata tuan Azizul Azli Ahmad, jika anda belum berkahwin tetapi anda sudahpun memiliki rumah sendiri, anda akan nampak lebih hensem di mata gadis-gadis atau nampak lebih cantik di mata jejaka-jejaka kerana anda bijak membuat keputusan. Jika anda mahu memikat hati bakal mak mertua anda, belilah rumah sebelum anda berkahwin, pasti lamaran anda terus diterima.
Ini sekadar pandangan saya sebagai seorang pejuang hartanah. Jika anda ada pandangan lain sila komen dibawah. Terima kasih kerana membaca. Kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka cepat-cepat membeli rumah.

sumber tok yan

No comments:

Post a Comment