Wednesday, October 26, 2016

Cara kenali SKIM Cepat Kaya Sepanjang Zaman

salam hormat semua, posting hari ini adalah mengenai skim cepat kaya. ramai yang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak ada ilmu untuk menjustifikasikan samada skim skim yang di join itu adalah skim cepat kaya atau pun tidak.




secara ringkas saya nak kongsikan beberapa point yang anda boleh pertimbangkan apabila di tawarkan untuk menyertai program program buat duit dengan cepat, atau dalam istilah lain skim skim buat duit sehingga melebihi 100% pulangannya untuk tempoh hanya dalam setahun.

1. Skim skim cepat kaya menawarkan yang di panggil 'dividen' melebihi 100 ataupun 200% untuk jangka masa setahun. ( Ini anda mesti alert, kerana pelabur professional mereka lebih kepada medium to long term investment baru la jadi kaya )

2. Menawarkan komisen yang tinggi jika anda berjaya membawa ahli baru. ( ini asas anda perlu ingat, komisen yang tinggi kepada ahli menyebabkan harga barang yang di jual menjadi lebih mahal dari harga pasaran, ini menyebabkan bisnes itu takkan bertahan lama dan akhirnya boleh melingkupkan ahli BARU ! )

3. Antara Kriteria lain Pelaburan yang merepek adalah ia menjanjikan pulangan tetap samada mingguan atau bulanan ( jangka pendek ). jangka panjang pun tidak diboleh kan. ( pelaburan genuine jangka panjang anda perlu benchmark kan pulangan return tidak melebihi 50%  setahun,  kalau lebih tu... siap sedia la )

4. Kriteria lain adalah pelaburan TANPA MELIBATKAN PRODUK !  contoh: konon konon pelaburan itu pergi ke bitcoin la, forex la, minyak la. janganlah sama sekali tertipu dengan ini.

5. Pelaburan yang melibatkan produk, tapi produk tu hanya lah cap ayam tetapi di jual dengan harga melampau lampau. OVERVALUE !

6. Pelaburan yang tidak di kawal selia oleh agensi Tempatan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan sebagainya. (Ini penting bagi mengelakkan pelaburan itu cabut lari begitu sahaja. antara tuduhan popular yang di lemparkan oleh penghidap tegar skim cepat kaya ini antaranya lari dari bayar cukai kepada kerajaan malaysia. Tapi telah terbukti semua itu hanya lah sandiwara anda boleh google tengok mangsa mangsa skim yang terpedaya dengan skim cepat kaya ni )


ok sekian dulu untuk masa ini. semoga apa yang di posting ini boleh memberi manfaat kepada tuan puan.


No comments:

Post a Comment