Friday, March 10, 2017

5 Prioriti Asas dalam Urus Kewangan yang Diri Sendiri Mesti Tahu.. !

5 Prioriti Urus Kewangan yang Diri Sendiri Wajib Tahu;

Urus Duit Sendiri


1) Aliran Tunai mesti positif.
Mesti ada duit lebihan. Mesti belanja kurang dari pendapatan.
Disiplin pay yourself first. Simpan/labur sebelum belanja.

2) Perlindungan. Ambil takaful secukupnya.
Perlu ambil dua polisi. Life takaful dan medical takaful. Best practices, ambil asing asing untuk optimumkan benefit. Utamakan yang pelan tiada pelaburan.

3) Simpanan.
Simpanan ini bertujuan untuk tabung kecemasan dan lifeboat kewangan anda.
Mulakan dengan 3 bulan, seterusnya 6 bulan dan 12 bulan belanja bulanan.

Simpanan bermaksud diletakkan di tempat yang zero risk atau risiko rendah. Maksudnya mesti tempat yang tiada risiko hilang nilai pokok.

Antara instrumen ialah simpanan wadiah di bank, Tabung Haji, ASB, dan fixed deposit.

4) Pelaburan tunai.
Apabila mahu melabur, pastikan melabur secara tunai dahulu. Ini kerana pelaburan tunai lebih senang dicairkan.
Instrumen yang sesuai; Unit amanah, saham.

5) Pelaburan melalui pembiayaan.

Pelaburan melalui leverage ini dilakukan kerana mahu meningkatkan pulangan dan risiko yang sedikit tinggi daripada pelaburan tunai. Maksud risiko sedikit tinggi ini adalah dari segi kecairan, bukan kelas aset itu sendiri.

Prioriti ini juga boleh dilakukan serentak melalui pengurusan pelan kewangan yang berstruktur dan komposisi portfolio yang terancang.
Rancang sebelum gebang.

#TheSophisticatedInvestor

kredit Alwi Adam


EmoticonEmoticon