Monday, March 18, 2013

7 Tips Penting Sebelum Beli Emas

Tips Membeli Emas, itulah  tajuk post pada kali ini. saya ingin berkongsi sedikit panduan dan tips membeli emas, saya percaya ramai diluar sana yang telah mempunyai kesedaran menukarkan sebahagian duit kertas mereka kepada emas fizikal samada emas perhiasan ataupun emas untuk simpanan.

cuma nya ramai yang kurang pasti di mana platform terbaik untuk dapatkan emas tulen fizikal tersebut pada harga yang lebih murah dari kedai emas. betul tak ?

baru baru ni ada keluar satu artikel dalam berita harian bertarikh 16 mac 2013 mengenai  ciri-ciri atau panduan untuk orang ramai sebelum mengambil keputusan untuk membeli emas. 

saya kongsikan gambar yang diambil dari rakan facebook saya untuk perkongsian bersama.

panduan beli emas

Gambar ini adalah daripada suratkhabar BH pada 16/3/2013 mengenai panduan membeli emas.

saya ulas sedikit : 

1) Beli barang kemas 999 atau 916 sahaja. ( bukan yang plated atau ada hiasan2 tambahan lain kerana akan menyebabkan banyak susut nilai pada barang kemas tersebut )

2) Beli barang kemas padu atau tumpat ( supaya tahan dalam simpanan atau mudah untuk di ar rahnu kan )

3) Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata ( pasti susut nilai barang kemasnya sangat tinggi )

4) Simpan resit belian. (bagi memudahkan urusan jualan semula ataupun urusan masuk keluar ar rahnu)

5) Jangan beli emas putih. ( sesuai untuk perhiasan dan memang nampak cantik, tetapi akan susut nilai pada jualan semula )

6) Cari kos upah paling rendah. ( cuba nego kos upah, kerana masa jualan semula kos upah tidak dikira,  hanya dikira harga emas tulen semasa )

7) JANGAN BELI EMAS PADA HARGA YANG LEBIH MAHAL DARI harga FGJAM. jadikan FGJAM ini sebagai benchmark anda. jika anda beli emas lagi mahal dr harga FGJAM maknanya tak lama la tuh. ( FGJAM adalah satu persatuan yang menstandardkan harga kedai emas satu malaysia, seperti kedai emas poh kong, kedai emas habib jewels, kedai emas wah chan, kedai emas pandora dan lain lain )


semoga perkongsian ini bermanfaat. terima kasih.




No comments:

Post a Comment