Friday, March 22, 2013

[Video] Mencari Emas Untuk Sesuap Nasi

Mencari emas tulen untuk memenuhi keperluan hidup bahana dari kesan hyper inflasi. tak kira dah emas 916 ke emas 999 ke kan... asalkan ade emas tulen...

ini lah yang berlaku di negara sebelah sana bernama zimbabwe... mungkin makanan ruji mereka bukanlah berasaskan kanji atau lebih mesra dengan rakyat malaysia yang memanggilnya sebagai nasi putih.


di zimbabwe mereka terpaksa menggali lombong, sungai , parit , longkang , atau apa sahaja yang memungkinkan mereka untuk mendapatkan bekalan emas sekurang kurangnya 0.1 gram untuk membeli sebuku roti. dan mereka perlukan sekurang-kurangnya 0.3 gram emas bagi memenuhi keperluan makanan untuk satu keluarga dalam satu hari.


berkut adalah satu video yang di rakam di zimbabwe bagi melihat bahana hyperinflasi yang berlaku kepada kehidupan rakyat di sana. emas emas emas je yang disebut. zimbabwe dollar tak laku doh !! yillekkk !!





semoga kita mengambil pelajaran dari apa yang telah berlaku di negara jiran. disamping bersyukur banyak banyak dengan segala nikmat yang kita kecapi sekarang. jangan kufur nikmat, nanti semua sengsara.


duit kertas, us dollar , ringgit malaysia, paper money, semua matawang berasaskan kertas.... masa ni diorang tak pandang lagi... emas sahaja yang menjadi perkiraan. tu yang bak kata dr. mahathir paper money sekadar tisu tandas....


ok. semoga bermanfaat untuk semua yang belum tahu. dan mengingatkan pada yang dah tahu.... sekian dari bilik berita shahdinar.




No comments:

Post a Comment