Wednesday, December 24, 2014

Minta Dengan Allah - Fara Fauzana dan PU Azman

salam hormat.... akhir2 ini sedang viral di kalangan rakan-rakan fb adalah kisah tersontot emas. macam-macam kisah yang disontot menceritakan kepada business business leader yang dahulunya mereka memandang enteng.

ok baiklah kita stop cerita negatif sini. cukuplah pada kadar yang mana ia boleh memberi manfaat dan pengajaran untuk lebih berjaya di masa depan.

ok sekarang saya nak kongsikan salah satu elemen tarbiah diri yang mana ia sangat penting untuk kita dan kehidupan kita termasuk lah dalam memilih bidang perniagaan emas bagaimana yang sesuai kita ceburi.


Minta dengan Allah. sebagai seorang muslim, kisah dan tarbiah ini pada saya sungguh bermanfaat untuk apa jua yang akan kita lakukan. satu daripadanya adalah dari kisah fara fauzana berhijab.

mungkin tiada lagi di media utama lain. saya dapat ini dari platform viral nombor 1 di malaysia iaitu The Vocket dan Facebook Najwa Syolehah. begini kisahnya.


Cerita hijrah selebriti ~ Fara Fauzana
Masih terkesan dengan cerita penghijrahan Fara Fauzana.
Dikongsikan secara eksklusif olehnya dalam seminar Transformasi Diri.
Oleh sebab Prof Muhaya dan Kak Nora sendiri yang request ,
Dia terpaksa rela juga sharing.
Apa lagi kami peserta-peserta yang datang,
Lagi-lagi lah mahu tahu.
Hehe.
Dan setahu saya,
Tidak ada media expose tentang ini,
Seperti mana hijrah selebriti lain.
Alhamdulillah,
Kami dapat cerita eksklusif.
Allah bagi.
---
Kak Fara sama sahaja macam manusia biasa.
Dan satu perkara yang mungkin membantu dia untuk Allah izinkan hidayahNya sampai,
Adalah dia selalu berkomunikasi dengan Allah.
Bila balik kerja sehari-harian,
Tiada suami atau kawan-kawan yang boleh di ajak berborak.
Dia sentiasa berborak-borak dengan Allah.
Macam kita biasa borak dengan kawan-kawan kita.
Kak Fara juga kerap minta Allah kejutkan dia pukul ini,pukul ini.
Dan sentiasa sahaja Allah bangunkan dia mengikut apa yang dia minta itu.
Dan satu masa,
Dia minta Allah kejutkan pukul 4.49.
Dan,
Yes ! Allah kejutkan exactly pada waktu yang dia minta itu.
Saat itulah,
Dia benar-benar rasa akan kewujudan Dzat Allah ini.
--
Questioned dalam diri,
Allah beri semua yang ada pada kita dari awal sehingga ke hari ini,
Kenapa kita masih tidak ingin mengenaliNya ?
Serta kenapa tidak sahaja kita menurut segala perintahNya?
Kak Fara ada seorang rakan ini,
Dan dia hadir juga seminar tersebut.
Seorang muslimah berniqab.
Kak Fara cakap,
Kawan dia ini tidak pernah cakap pada dia,
Yang apa dia pakai itu salah,
Atau apa-apa yang dia buat itu tidak betul.
Kawan dia itu cuma menunjukkan melalui akhlak serta perbuatan.
--
Cerita bab hijrah-hijrah ini,
Saya sangat mudah mengalirkan air mata.
Pertama kerana ianya fitrah Allah bagi pada kita.
Keduanya,
Kerana Allah Yang Maha Baik ini juga telah menghadirkan rahmatNya untuk saya juga mempunyai pengalaman hijrah diri sendiri.
Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan ?
Semoga memberi manfaat....

Rujukan Facebook Najwa Syolehah 
Bagi menyaksikan sendiri Youtube Kisah Farah fauzana bertudung Tonton di sini The Vocket


Point yang saya ingin bawa disini adalah minta dengan Allah.


Mari Kita Dengar pula Tazkirah Minta dengan Allah Oleh PU Azman






Kesimpulannya : apa jua yang kita nak, kita minta dengan Allah melalui Solat Ishtikarah kemudian buat dan tawakkal.




Semoga Bermanfaat untuk semua.


No comments:

Post a Comment