Showing posts with label Skim cepat Kaya. Show all posts
Showing posts with label Skim cepat Kaya. Show all posts

Friday, November 24, 2017

Pengarah Syarikat sebuah Skim Rumah Banglo Murah di dakwa

Pengarah Syarikat sebuah Skim Rumah Banglo Murah di dakwa

Skim Rumah Banglo Murah 2017
Skim Rumah Banglo Murah 2017




MARAN - Seorang Pengarah Syarikat Alfafa Development & Construction, Sebuah Syarikat yang pernah membuat SKIM Menjual banglo dengan harga yang sangat murah yang tidak masuk akal akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu dalam kes pembinaan sebuah rumah banglo berjumlah RM99,000, tiga tahun lepas

Norsham Abd Aziz, 47, didakwa menipu seorang guru, Sabrina Baharuddin, 38, dengan menawarkan skim pembelian rumah banglo murah di Maybank Cawangan Jengka pada 15 Ogos 2014. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarkan fakta kes, pada 15 Ogos 2014 Sabrina telah membuat bayaran pertama di Maybank Jengka dengan membuat pindahan wang sebanyak RM99,000 ke akaun Maybank milik Norsham.

Pembayaran tersebut adalah bertujuan untuk membeli rumah banglo Alfafa setingkat.

Kemudian Sabrina telah menandatangani perjanjian tempahan rumah dengan Norsham selaku pemilik syarikat perumahan Alfafa Development & Construction Sdn Bhd nombor syarikat 1033976-p di Pejabat Peguam Tetuan Radzi & Abdullah.

Bagaimanapun, sehingga kini rumah masih tidak dibina dan didapati kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan terbiar.

Sabrina datang ke balai polis buat laporan polis kerana berasa ditipu melibatkan kerugian berjumlah RM 99,000.00.

Wednesday, February 15, 2017

Senarai SKIM Cepat Kaya Malaysia 2017

Sejak dari zaman dahulu lagi, datuk nenek moyang bangsa Melayu kita ni memang cukup terkenal dengan semangat berniaga mereka, tengok sajalah Melaka gah sebagai pusat pelabuhan terkemuka dunia sejak diasaskan oleh Parameswara.

skim cepat kaya 2017
Jerat Skim Cepat kaya 2017



Tapi itu dulu la kan, sekarang lain pula ceritanya, orang kita sekarang terutamanya melayu ramai daripada kita adalah bekerja makan gaji, jadi bila makan gaji ni pendapatan lebih kurang cukup cukup atau cukup tak cukup je bila tiba tengah bulan.

Jadi wujudlah manusia yang mula mengeksploitasi keadaan ini dengan menwujudkan skim skim MELINGKUPKAN ORANG NI.... TAK KIRA BANGSA ! YANG MEMPERALATKAN AGAMA PUN TIDAK KURANG HEBATNYA. Mereka memperkenalkan skim-skim cepat kaya cepat kayap yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang orang yang tamak dengan memaparkan simbol-simbol kekayaan palsu seperti kereta mewah, rumah besar, cek juta-juta, dan banyak lagi.


Jadi sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu yang menjadi mangsa skim penipuan jijik seperti ini,

kami senaraikan beberapa nama skim cepat kaya yang cukup terkenal di Malaysia ini. Sila buat semakan sebelum mengambil keputusan untuk melaburkan wang beribu-ribu ringgit yang disimpan sejak bertahun-tahun tu.


Senarai Skim Cepat Kaya/Ponzi (setakat Jan 2017)

SUDAH HANGUS aka TERSONTOT

Komuniti Ikhlas - 2016
Pok Din Empire Bodo bodo - 2016
Alfafa Banglo Misteri – 2016
Highway Group - 2016
CPO Trading - 2016
Mecca Fund Shit Saidey - 2016
Kongsimakan KongsiBala - 2016
Moores Capital FX- 2016
NexusFX – 2016
VenusFX - 2016
SolarBond - 2016
RBH Agro(skim ternak lembu) - 2016
WadiahTrading – awal 2016
AZFX - 2016
MX3 - 2015
Tok Belagak Emas Delay. - 2015
Ufun Utoken Unascos - 2015
GwgFX (dikuburkan oleh Luq) - 2015
EMGoldex
1Whp (skim Anak Dazit buat head hunting besar-besaran sblm Mymi1- 2015)
Kelab Raja Kereta
Perfway
Kazanah Bangsa
Geneva Gold
MGCfx/MGCare
MMM
Swisscash
YSLM(bakal orang terkaya dunia) – 2014
Rania Marketing - 2015
Pegasus Bullion – 2014
VGMC - 2014
Boss Venture
Asia Business Machine bhd
Azxpro
AZZ marketing
Double Fast Track
Mastajak FX
Rainbowfx
Tawund
WCP






TENGAH HANGUS aka Nazak

Mymi1 Anak Dazit (Skim paling HOT)
BookCoin
Bitkingdom
MybcWorld
AuraSfx
FXUnited
Pencil.my
PNZ Rebond
OG1Asean
ARBA Network /CWC


TENGAH MELETUP-LETUP 

Zenith Gold
Letchat
Getthis
MonSpace
BitClub Network
Gagasan Ummah
DinarDirham
KRUBAL
OD Capital
MGSB i-comey kosipitih
WBW

POTENSI HANGUS

Mface (Nyawa liat)
iTijari
AGR car trade
GMJ4u
Phytoscience (Nyawa Liat jugak)
Affiliate Junction ( Pun nyawa liat)
DCHL perfume (sekejap ada sekejap hilang. skrg masih active di Sabah)
MCOcean (nyawa liat)
JJ Poor to Rich
ABN Network
Bio Niaga Abu Nur
iBiz Star Network
Coince
Eurobits
IGOfx
T1FX
MCX Forex
THWGlobal
MYM Programme
PTM4U
Amazing7 society
MMC (mamacaptain)



Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda, supaya kita tidak menjadi mangsa skim bodoh sebegini,

Wednesday, October 26, 2016

Cara kenali SKIM Cepat Kaya Sepanjang Zaman

salam hormat semua, posting hari ini adalah mengenai skim cepat kaya. ramai yang ingin menjadi kaya tetapi mereka tidak ada ilmu untuk menjustifikasikan samada skim skim yang di join itu adalah skim cepat kaya atau pun tidak.




secara ringkas saya nak kongsikan beberapa point yang anda boleh pertimbangkan apabila di tawarkan untuk menyertai program program buat duit dengan cepat, atau dalam istilah lain skim skim buat duit sehingga melebihi 100% pulangannya untuk tempoh hanya dalam setahun.

1. Skim skim cepat kaya menawarkan yang di panggil 'dividen' melebihi 100 ataupun 200% untuk jangka masa setahun. ( Ini anda mesti alert, kerana pelabur professional mereka lebih kepada medium to long term investment baru la jadi kaya )

2. Menawarkan komisen yang tinggi jika anda berjaya membawa ahli baru. ( ini asas anda perlu ingat, komisen yang tinggi kepada ahli menyebabkan harga barang yang di jual menjadi lebih mahal dari harga pasaran, ini menyebabkan bisnes itu takkan bertahan lama dan akhirnya boleh melingkupkan ahli BARU ! )

3. Antara Kriteria lain Pelaburan yang merepek adalah ia menjanjikan pulangan tetap samada mingguan atau bulanan ( jangka pendek ). jangka panjang pun tidak diboleh kan. ( pelaburan genuine jangka panjang anda perlu benchmark kan pulangan return tidak melebihi 50%  setahun,  kalau lebih tu... siap sedia la )

4. Kriteria lain adalah pelaburan TANPA MELIBATKAN PRODUK !  contoh: konon konon pelaburan itu pergi ke bitcoin la, forex la, minyak la. janganlah sama sekali tertipu dengan ini.

5. Pelaburan yang melibatkan produk, tapi produk tu hanya lah cap ayam tetapi di jual dengan harga melampau lampau. OVERVALUE !

6. Pelaburan yang tidak di kawal selia oleh agensi Tempatan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan sebagainya. (Ini penting bagi mengelakkan pelaburan itu cabut lari begitu sahaja. antara tuduhan popular yang di lemparkan oleh penghidap tegar skim cepat kaya ini antaranya lari dari bayar cukai kepada kerajaan malaysia. Tapi telah terbukti semua itu hanya lah sandiwara anda boleh google tengok mangsa mangsa skim yang terpedaya dengan skim cepat kaya ni )


ok sekian dulu untuk masa ini. semoga apa yang di posting ini boleh memberi manfaat kepada tuan puan.