Saturday, November 25, 2017

Kenapa Gaji Rendah tidak sesuai beli kereta baru ? baca ni....

kalau kita masih bergaji RM2000, tahan dulu nafsu untuk beli kereta baru... KENAPA ?? Haaa baca bawah ni...

Kenapa gaji rendah tidak sesuai berkereta baru
Kenapa gaji rendah tidak sesuai berkereta baru 




1. Kalau bujang gaji RM 2,000 tak perlulah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa je dulu. ( pastikan lebihan banyak untuk simpan dulu )

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

sebab apa ?

4. sebab nak bayar Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Korang muda muda ni untung ada orang bagi nasihat, tinggal malas dengan rajin jer nak cari maklumat yang betul.


sumber : harith faisal

No comments:

Post a Comment