Friday, November 24, 2017

Pengarah Syarikat sebuah Skim Rumah Banglo Murah di dakwa

Pengarah Syarikat sebuah Skim Rumah Banglo Murah di dakwa

Skim Rumah Banglo Murah 2017
Skim Rumah Banglo Murah 2017




MARAN - Seorang Pengarah Syarikat Alfafa Development & Construction, Sebuah Syarikat yang pernah membuat SKIM Menjual banglo dengan harga yang sangat murah yang tidak masuk akal akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu dalam kes pembinaan sebuah rumah banglo berjumlah RM99,000, tiga tahun lepas

Norsham Abd Aziz, 47, didakwa menipu seorang guru, Sabrina Baharuddin, 38, dengan menawarkan skim pembelian rumah banglo murah di Maybank Cawangan Jengka pada 15 Ogos 2014. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarkan fakta kes, pada 15 Ogos 2014 Sabrina telah membuat bayaran pertama di Maybank Jengka dengan membuat pindahan wang sebanyak RM99,000 ke akaun Maybank milik Norsham.

Pembayaran tersebut adalah bertujuan untuk membeli rumah banglo Alfafa setingkat.

Kemudian Sabrina telah menandatangani perjanjian tempahan rumah dengan Norsham selaku pemilik syarikat perumahan Alfafa Development & Construction Sdn Bhd nombor syarikat 1033976-p di Pejabat Peguam Tetuan Radzi & Abdullah.

Bagaimanapun, sehingga kini rumah masih tidak dibina dan didapati kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan terbiar.

Sabrina datang ke balai polis buat laporan polis kerana berasa ditipu melibatkan kerugian berjumlah RM 99,000.00.

No comments:

Post a Comment