Showing posts with label dinar syifa. Show all posts
Showing posts with label dinar syifa. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

DINAR EMAS : HARGA DINAR EMAS HARI INI JANUARI 2013

HARGA DINAR EMAS SYIFA, DINAR EMAS KELANTAN KGT, DINAR EMAS GCP 999, HARI INI..... bulan januari 2013 tanggal 20 hb.

post ini adalah rentetan dari post saya sebelum ini mengenai 1 Dinar emas dengan hanya RM500

jadi pada post kali ini ia lebih kepada ingin memberi benchmark dan bukti secara terus kepada generasi akan datang bahawa suatu masa nanti harga dinar emas pastinya melonjak naik, tidak kira dinar emas kelantan, dinar emas syifa , dinar emas public gold, dinar emas gcp 999 dan dinar dinar emas yang lain.

harga dinar emas yang suatu ketika pernah cecah rm140 sahaja satu dinar.... naik kepada rm500 1 dinar.... dan sekarang tahun 2013 harganya sudah mencecah rm771 untuk 1 dinar... !! bagaimana pula lagi 5 tahun ? 

Gambar di atas adalah Dinar Emas 917 keluaran kedai emas online terbesar di malaysia iaitu GSR


anda perlu tahu, bahawa 1 dinar pernah cecah rm850 pada pertengahan tahun 2011... dan kini masih turun dan masih pada harga yang sangat berpatutan untuk yang ada simpanan tunai lebih untuk di tukarkan bagi tujuan masa hadapan kelak !!

ini adalah dinar emas gcp berketulenan 999



manakala Gambar yang di atas pula adalah dinar kelantan 917


inilah harga dinar emas pada hari ini yang mungkin bermanfaat kepada generasi akan datang untuk menilai sendiri kenaikan harga emas semasa di malaysia berbanding dengan menyimpan duit kertas bertahun tahun lamanya dan kemudian ia mengalami susut nilai.


jadi pada yang mempunyai lebihan tunai yang digunakan untuk saving. boleh la anda tukarkan sebahagian darinya dengan simpanan berbentuk ketulan ketulan emas ini.

semoga ia bermanfaat.


Monday, December 31, 2012

Mas Kahwin Terkini : Membudayakan Hantaran Kahwin dengan Dinar Emas

salam semua, entri kali ini adalah ingin berkongsi satu artikel oleh Prof. Dr. Zuhaimy Ismail mengenai galakkan penggunaan Dinar Emas sebagai mas kahwin, bagi menggantikan wang tunai sebagai hantaran.


sumber : sihar harian

berikut adalah artikel penuh mengenai membudayakan Dinar Emas Syifa baik sebagai Mas kahwin atau hantaran Kahwin terkini sebagai pilihan terbaik oleh Prof. Dr. Zuhaimy Ismail.


ISLAM ada panduan lengkap dan terperinci mengenai perkahwinan, bermula daripada kriteria atau cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), panduan hubungan seksual antara kedua suami isteri, bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika berlaku pertelingkahan atau kemelut rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci.

Nabi Muhammad SAW mendorong umatnya untuk mempercepat perkahwinan, mempermudah jalan untuknya dan membanteras perkara-perkara yang melanggar syariat. Ini adalah kerana perkahwinan itu merupakan jalan yang paling bermanfaat dan paling afdal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan.

Melalui perkahwinan akan terjaga seseorang itu daripada apa yang dilarang ALLAH SWT. dalam memenuhi keperluan lelaki dan wanita di samping keperluan manusia suami isteri untuk melahirkan keturunan dan memakmurkan dunia yang diamanahkan.

Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sahya itu perkahwinan, maka ia akan mencari jalanjalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman ALLAH. “ertinya : Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Ruum : 30).

Konsep perkahwinan dalam Islam perlu difahami oleh masyarakat kita dan perlu merujuk kepada panduan yang diberikan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Islam meletakkan perkahwinan pada suatu tahap yang amat tinggi dalam pembangunan masyarakat. Dalam mengadakan majlis perkahwinan pula, Islam ada panduan bagaimana mewujudkan sebuah pesta pernikahan yang meriah, namun tetap mendapatkan keberkatan dan tidak melanggar tuntunan agama, begitu juga dengan majlis kenduri perkahwinan yang sederhana tetapi penuh dengan pesona dan keberkatan.

Perkahwinan merupakan satu fitrah kejadian manusia dan keperluan masyarakat sejak zaman berzaman lamanya dilakukan dengan adat mengikut keperluan agama.

Hampir di serata dunia kaum wanita disanjung oleh kaum lelaki dan begitu juga dalam ajaran agama Islam wanita mendapat tempat yang mulia dan mendapat penghormatan sewajarnya.

Apabila seseorang lelaki itu mahu mengahwini seseorang wanita, ianya dimulakan dengan majlis merisik diikuti dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis perkahwinan.

Semua majlis ini dilakukan dengan penuh keceriaan dan peradaban yang tinggi.

Dalam zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian.

Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buahbuahan, dan sebagainya.

Walaupun terdapat perbezaan adat dari satu negeri ke satu negeri tetapi mas kahwin yang diberikan adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Usaha memartabatkan kaum wanita seterusnya, Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) telah mengeluarkan barang kemas dan dinar emas yang dipakejkan khas untuk disesuaikan sebagai barang hantaran atau mas kahwin. Produk dinar emas yang bercirikan lambang kasih sayang yang berterusan dan kekal abadi.

Perkahwinan yang bermatlamat untuk kekal abadi seperti kekalnya nilai emas. Masyarakat sudah mula sedar akan penyusutan kuasa membeli wang kertas ringgit Malaysia dan sudah mula mahu  menggunakan emas atau dinar emas sebagai mas kahwin.

Sumbangan kaum wanita tidak seharusnya diberi mas kahwin dengan sesuatu yang susut nilai mengikut masa dan masanya sudah tiba bagi pihak majlis agama di setiap negeri tidak menetapkan nilai ringgit Malaysia dua puluh dua ringgit setengah sebagai mas kahwin. Jika kita ikut tradisi RM22.50 ini, nilai satu ringgit anggaran bersamaan dengan 8 dirham perak.

Jika 1 dirham bersamaan dengan RM25, ini bersamaan dengan RM4,500 (22.5X8X25). Oleh itu, kembalilah kepada nilai sebenar untuk mas kahwin dan diharap masyarakat kita dapat membudayakan mas kahwin menggunakan dinar emas dan dirham perak dan bukan wang kertas yang menyusut nilai. Dinar Syifa' yang dikeluarkan khas sungguh unik sebagai mas kahwin boleh menjadi pengikat  pertalian perkahwinan kekal abadi.