Showing posts with label arrahnu. Show all posts
Showing posts with label arrahnu. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Fungsi Ar Rahnu



Apa itu Ar Rahnu

Secara Ringkasnya , Ar-Rahnu adalah sebuah entiti perniagaan pajak gadai berlandaskan syariat islam, ia menggalakkan sistem mikro kredit melalui sistem pajakan cara islam.

atau dengan kata lainnya memberi pinjaman mudah dan segera tanpa riba !! kepada pemegang-
pemegang logam berharga sepanjang zaman iaitu emas tulen. tidak kira sama ada emas 999 atau
emas 916.






APAKAH KEISTIMEWAAN AR RAHNU YANG BERASASKAN PAJAK GADAI ISLAM INI YANG ANDA MESTI TAHU 


Dengan itu umat islam terlepas dari dosa riba.

Insya Allah.

Hutang tanpa faedah / bercagar tanpa riba
Kadar upah simpan barang yang amat berpatutan
Penggadai dimaklumkan sebelum gadaian dilelong
Penggadai diberi jaminan mendapat kembali wang lebihan selepas ditolak hutang, upah dan kos
lelongan






Friday, October 19, 2012

Kenapa Arahnu Downgrade Emas ? Salah penjual ke ?

salam semua, kali ini saya nak berkongsi jawapan bagi persoalan yang agak popular di kalangan pembeli emas terutamanya yang baru dan menggunakan ar rahnu untuk tujuan yang betul. ( yakni biasanya yang terdesak memerlukan duit, maka penyimpan emas tulen akan menggunakan arrahnu sebagai alternatif terbaik mendapatkan duit tunai tanpa menjual emas milik mereka itu kepada orang lain )

jadi saya ingin berkongsikan jawapan2 yang mungkin berguna kepada tuan tuan, puan puan agar anda tidak terus mengecop penjual emas yang menjual kepada anda itu sebagai penipu, scam , dan sebagainya.


jadi persoalannya : kenapa bila gadai emas di ar rahnu, ketulenannya di downgrade ?? ini adalah antara jawapan-jawapan yang menjadi pilihan  ( nama saya blurkan atas sebab2 keselamatan dan untuk menghindarkan dari provokasi , jika anda tgk gambar tu dan kenal mereka tu nasibla, mmg mereka ni dah tersohor pun :P )






harap jawapan yang diberikan boleh memberi input yang jelas kepada segala kemusykilan anda mengenai kenapa ar rahnu downgrade emas-emas yang hendak di pajak.

sekian dulu, sila share jika ia nya bermanfaat. terima kasih daun keladi.